Facebook dilihat berjaya mencatatkan pendapatan sebanyak $33.67 bilion (RM140 bilion) untuk tahun 2021 lalu. Perkara ini sekaligus melepasi jangkaan yang dibuat oleh para penganalisis terkemuka sebelum ini yang mana dijangka sekitar RM139 billion sahaja.

Walaupun secara kasarnya kelihatan prestasi syarikat ini sangat baik, Ketua Pengawai Kewangan Facebook, David Wehner menganggarkan mereka bakal kehilangan sejumlah $10 bilion (~RM42 bilion) pada tahun ini disebabkan iOS. Perkara yang dimaksudkan oleh iOS adalah ciri App Tracking Transperancy (ATT) yang diperkenalkan sebelum ini.

Sumber Gambar: TechRadar

Menerusi ATT, ia membolehkan pengguna menghalang mana-mana aplikasi untuk mendapatkan maklumat pengguna tanpa kebenaran. Setiap kali anda memasang sesebuah aplikasi baharu, sudah pasti terpapar menu untuk memilih sama ada boleh dijejaki atau tidak oleh pihak penyedia.

Pada era digitalisasi, data pengguna dianggap sebagai sumber minyak baharu  yang mempunyai nilai yang tinggi buat syarikat di luar sana. Dengan sumber data maklumat pengguna sahaja, setiap syarikat boleh menyasarkan sejumlah iklan berdasarkan minat dan carian yang dibuat pada platform-platform yang digunakan.

Sumber Gambar: Twitter

Malah, perkara ini terbukti sendiri oleh Google yang mana berjaya mengutip keuntungan berbilion ringgit pada saban tahun dengan hanya memainkan iklan-iklan syarikat tertentu pada platform YouTube mereka. Iklan bersasar ini sangatlah efektif kerana ia dapat menarik minat para pengguna untuk membeli dengan pemilihan iklan berdasarkan minat mereka.

Selain polisi privasi Apple ini juga, mereka menghadapi masalah inflasi dan rantaian bekalan yang menggangu bajet pengiklan. CEO Facebook turut menuduh Apple berlaku berat sebelah dengan menyebelahi Google kerana pop-up ATT tidak dipaparkan apabila mereka menggunakan pelayar seperti Chrome.

Oleh itu, pelayar tersebut ini dapat menjejak dan mengambil maklumat pengguna tanpa kebenaran. Wehner turut menyatakan Apple sudah menjana pendapatan mencecah berbilion ringgit setahun daripada iklan Google sahaja. ATT bagaimanapun memang diakui dapat memberi privasi serta menjaga keselamatan data pengguna di dalam talian.

Platform Facebook juga dilaporkan hadapi masalah jumlah pengguna baharu yang sedikit sehingga menyebabkan penyusutan pendapatan tahunan mereka.

Facebook Semakin Kurang Releven, Pengguna Muda Dilaporkan Beralih Kepada TikTok

Pengguna Facebook Tempatan Dakwa Akaun Sebar Pautan Laman Web Lucah Tanpa Sedar

Sumber