Mesti ramai yang pernah mengalami masalah ditambah ke Group Telegram secara tiba-tiba oleh individu tidak dikenali. Hal ini bakal berterusan sekiranya anda tidak ketahui cara elak masuk Group Telegram.

Sebagai contoh, kadang-kadang kita mungkin dimasukkan ke dalam group berunsur judi, pelaburan, spam dan sebagainya. Satu hal pula anda perlu keluar daripada group tersebut setiap kali yang pasti melecehkan. Oleh itu, mari kita pelajari cara elak masuk Group Telegram oleh individu yang tidak dikenali dengan ikuti langkah di bawah.

1. Buka aplikasi Telegram di peranti anda.

2. Klik ikon Setting yang bergaris tiga pada bahagian hujung atas kiri.

cara elak masuk Group Telegram
Sumber Gambar: Aplikasi Telegram

3. Pilih menu Settings.

cara elak masuk Group Telegram
Sumber Gambar: Aplikasi Telegram

4. Pada bahagian ini pula, tekan pada bahagian Privacy & Settings. Menerusinya, anda dapat lihat paparan yang menunjukkan siapa yang boleh membuat panggilan, menghantar mesej, melihat gambar profil dan menambah anda ke dalam Group Telegram.

Sumber Gambar: Aplikasi Telegram

5. Pilih Groups untuk menukar tetapan daripada Everybody kepada My Contacts. Dengan langkah ini, individu tidak dikenali tidak boleh menambah anda ke dalam Group Telegram dengan sewenang-wenangnya selepas ini dan hanya yang kenalan rapat sahaja yang boleh berbuat sedemikian.

Sumber Gambar: Aplikasi Telegram

6. Pada bahagian Add exceptions, anda boleh menambah mana-mana pengguna secara khusus di dalam senarai kenalan untuk membolehkan mereka menambah anda ke dalam group tanpa perlu kebenaran atau sebaliknya.

Selain boleh mengelakkan anda daripada ditambah ke Group tanpa kebenaran, ia juga boleh meningkatkan produktiviti harian kerana hanya kumpulan yang penting sahaja dipaparkan pada skrin anda. Malah, privasi anda juga lebih terjamin dengan berbuat sedemikian.

Semoga dengan mengikuti tutorial dapat memastikan akaun Telegram anda lebih selamat daripada gangguan spam dan sebagainya. Anda boleh kongsikan artikel ini supaya ramai orang lebih cakna untuk mengatasi masalah yang mungkin sudah lama dihadapinya sehingga mengganggu produktiviti mereka.

Selain itu, sebahagian pengguna mungkin juga mahu mengetahui cara mengesahkan akaun MySejahtera dengan betul untuk mendapat akses penuh fungsi di dalamnya.

Mudah Dan Ringkas, Ini Caranya Mengesahkan Akaun MySejahtera Anda Dengan Betul

Ini Caranya Sembunyikan Akaun TikTok Daripada Terdedah Setiap Kali Berkongsi Video