Telegram merupakan salah satu aplikasi utama yang digunakan oleh umum untuk berkomunikasi, menghantar gambar dan  banyak lagi. Jadi, terdapat sejumlah teknik godaman akaun Telegram yang sedang digunakan oleh penjenayah.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @mohdtarmizi84, beliau telah memperlihatkan interaksi bersama scammer yang cuba menggodam akaun Telegramnya. Kes-kes ini sudah terjadi dengan berleluasa dan kita mestilah mengetahui teknik godaman akaun Telegram ini dengan lebih terperinci.

Modus operandi godaman akaun Telegram

Sumber Gambar: Telegram

Salah satu cara yang sering digunakan oleh scammer untuk menggodam akaun Telegram anda adalah dengan mendapatkan kod log masuk Telegram. Mula-mula, mereka akan mengunjungi Telegram versi web menerusi peranti berbeza lalu akan cuba melog masuk menggunakan nombor telefon anda.

Untuk mendapatkan kod log masuk Telegram, scammer akan menyamar sebagai rakan atau kenalan dan akan meminta screenshot mesej-mesej yang dimiliki oleh anda menerusi WhatsApp dan sebagainya.Hal ini kerana mereka mahu melihat kod log masuk yang baru diterima oleh anda untuk melog masuk akaun Telegram melalui peranti suspek.

teknik godaman akaun Telegram
Sumber Gambar: Google Play Store

Setelah berjaya mendapatkan kod tersebut, mereka akan menerima akses log masuk ke akaun anda dan pihak Telegram akan mengesahkan peranti suspek sebagai sebahagian daripada peranti yang digunakan oleh anda. Selepas itu, mereka boleh membuang kesemua peranti yang dipautkan pada akaun menerusi tetapan.

Paling kritikal sekali, mereka akan menyamar sebagai anda lalu meminta wang daripada  kesemua kenalan yang terdapat di dalam senarai perbualan akaun anda. Akibatnya, terdapat kemungkinan besar sebahagian kenalan anda akan tertipu dengan mesej suspek lalu memberi wang yang diminta.

@mohdtarmizi84

Macam-macam #Mohdtarmizi84 #fyp

♬ Laughing – Gianluca Marino

Sebagai langkah berjaga, anda diminta untuk mengaktifkan ciri 2 factor authentication pada akaun Telegram agar lebih terjamin sekuriti. Selain itu, anda diminta untuk tidak berkongsi sebarang kod log masuk sesuka hati serta elakkan melayan mesej daripada mereka yang tidak dikenali atau mencurigai.

Diharapkan dengan perkongsian maklumat berkaitan teknik godaman yang berleluasa ini dapat menggelakkan anda dari menjadi mangsa. Sebaiknya, anda menghebahkan artikel ini agar lebih ramai orang cakna dan berjaya menggelakkan kerugian yang tidak diingini.

Sumber