Baru-baru ini terdapat sejumlah kes akaun Telegram digodam untuk tujuan penipuan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Teknik ini menjadi satu trend baru buat penjenayah siber dalam mendapatkan wang dengan cara licik.

Menerusi perkongsian DragonForce dalam memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan hal ini, mereka telah menerangkan bagaimana Telegram digodam untuk tujuan penipuan dan cara mengelakkannya.

Bagaimana Telegram pengguna boleh digodam
telegram digodam
Sumber Gambar: Kaspersky

Sebenarnya pelbagai perkara yang boleh mendorong kepada penggodaman akaun Telegram milik anda termasuklah spoofing, session hijacking, phishing dan lain-lain. Teknik-teknik ini sememangnya mudah untuk mengelirukan mereka yang kurang mahir berkaitan teknologi sekaligus akaun diambil alih tanpa pengetahuan.

Malah, kini para penjenayah boleh menghantar pautan merbahaya dengan mudah dan sesiapa yang menekannya boleh digodam terus akaun Telegramnya. Selepas penjenayah berjaya mengambil alih akaun anda, mereka akan menyamar menjadi mangsa lalu meminta sejumlah wang ‘pinjaman’ daripada kenalan-kenalan mangsa.

Sumber Gambar: Beebom

Selain itu, anda juga diminta untuk elakkan daripada memasang aplikasi crack pada laptop atau telefon pintar. Kebiasannya, aplikasi-aplikasi crack ini menjadi punca serangan godaman dengan meletakkan perisian hasad untuk mencuri session akaun anda. Ini bermakna sewaktu pengesahan akaun dan seumpamanya, pengodam akan mengambil alih sesi tersebut

Anda juga jangan sesekali kongsikan kod login anda pada sesiapa sahaja. Sekiranya pengodam menerima kod tersebut, maka mereka akan mempunyai akses kepada akaun anda. Akhir sekali, jangan pula anda dedahkan nombor telefon peribadi di Telegram untuk mengelakkan spoofing.

Cara menggelakan akaun Telegram anda daripada digodam

1. Semak akses setiap peranti yang disambungkan pada akaun Telegram

Sumber Gambar: Telegram

Jika anda mempunyai akses dalam akaun anda, semak dahulu peranti yang disambungkan atau connected devices dan buang semua peranti yang tidak diketahui.

Jika masih belum mempunyai akses lagi, maklumkan segera kepada semua kenalan anda bahawa akaun Telegram telah digodam dan jangan layan sebarang permintaan daripada pengodam tersebut.

2. Maklumkan kepada kenalan jika anda tidak boleh diakses lagi

Sumber Gambar: Twitter

Selepas itu, sekiranya anda tidak boleh memasuki akaun Telegram dan menerima mesej too many attemps terpapar, anda perlu menunggu dua hari ke tiga hari untuk cuba mengakses semula.

Sepanjang tempoh tersebut, mohon beritahu kepada semua kenalan anda supaya tidak terpedaya untuk memberi wang permintaan ‘scammer’.

3. Aktifkan 2 Step Verification dan recovery email untuk langkah sekuriti.

Sumber Gambar: Telegram

Sebaik anda sudah mengakses akaun Telegram semula, sila aktifkan 2 Step Verification  dengan segera. Selain itu, aktifkan juga recovery email  untuk langkah sekuriti tambahan. Kedua-dua ciri pengesahan ini di bawah bahagian Privacy and Security.

Bagaimanapun, sekiranya pengodam sudah mengambil alih akaun tersebut, jalan terakhir adalah dengan mereset semula akaun tetapi segala data dan mesej akan terpadam.

4. Tetapkan akaun Telegram anda hanya boleh berkomunikasi bersama kenalan.

Sumber Gambar: Telegram

Akhir sekali, sila tetapkan privasi akaun di bahagian Privacy & Settings dan pilih My Contacts pada akaun Telegram. Dengan langkah ini, hanya individu yang dikenali sahaja boleh menghubungi anda atau memasukkan ke dalam group.

Konklusinya, penjagaan maklumat privasi anda di dunia maya sangatlah penting. Penjenayah siber akan sentiasa mengintai peluang untuk mengaut keuntungan daripada sesiapa sahaja di luar sana. Anda boleh kongsikan artikel ini kepada lebih ramai orang agar boleh mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kes sedemikian berlaku lagi.

Sebelum ini, DragonForce juga pernah berkongsi lima cara yang digunakan penggodam untuk mencuri akaun media sosial anda.

DragonForce Kongsi Lima Cara Yang Digunakan Hacker Untuk Godam Akaun Media Sosial Pengguna

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

Sumber