Sejak kebelakangan ini dapat dilihat sejumlah syarikat serta pengguna sendiri telah diancam oleh serangan siber. Sebahagian daripada mereka telah mengalami kerugian yang besar disebabkan maklumat dan data-data yang telah dicuri. Oleh yang demikian, anda perlu mengetahui cara-cara elak menjadi mangsa hacker dan scammer dengan lebih efektif.

Menerusi perkongsian daripada akaun Twitter DragonForceIO, terdapat lima cara elak menjadi mangsa hacker dan scammer dalam talian yang boleh digunakan oleh pengguna di mana masalah ini masih berlaku sehingga ke hari ini.

1. 2 Factor Authentification (2FA)

https://twitter.com/DragonForceIO/status/1424985746440523776?s=20

Pertama sekali, anda boleh mengaktifkan 2 Factor Authentification (2FA) sebagai perlindungan peribadi daripada digodam. 2FA merupakan satu kaedah pengesahan elektronik di mana hanya diberikan akses ke akaun peribadi di laman web atau aplikasi setelah mengemukakan beberapa bukti kepada mekanisme pengesahan tersebut.

Menerusi pemasangan ciri 2FA, ia bakal menambahkan lagi lapisan sekuriti sewaktu proses pengesahan yang pasti menyusahkan hacker untuk mengakses akaun peribadi atau fail sensitif. Terdapat beberapa cara pengesahan yang boleh dibuat termasuklah menghantar kod menerusi mesej, menerusi aplikasi yang dipasang dan pemgimbasan biometrik.

2. Jangan klik link sebarangan

https://twitter.com/DragonForceIO/status/1424986371328921600?s=20

Kebiasaanya pengguna akan senang tertipu dengan pautan yang diberikan oleh hacker atau scammer disebabkan kelihatan mirip dengan yang asli. Sebenarnya pautan yang dihantar telah diubah suai dengan menambah karakter atau huruf unik bagi mengelirukan mangsa. Mereka juga mampu menghasilkan laman web yang seakan asli untuk tampak lebih menyakinkan.

Pada masa kini hacker dan scammer sudah berupaya menghasilkan pelbagai pautan laman sesawang yang bukan hanya untuk media sosial sahaja bahkan kini sehingga laman rasmi perbankan mahupun kerajaan. Sekiranya anda merasai keraguan terhadap pautan yang diterima daripada unsur yang tidak diketahui, anda boleh biarkan sahaja.

3. Password yang kuat

elak daripada hacker scammer
Sumber Gambar: Twitter

Kepentingan mempunyai kata laluan yang kuat adalah bagi mengelakkan hacker mengakses akaun peribadi anda dengan mudah. Sebaiknya kata laluan anda tidak berkait dengan maklumat seperti tarikh lahir, nombor telefon atau nama sendiri kerana maklumat seperti ini boleh didapati menerusi akaun media sosial dengan senang.

Kata laluan yang mengandungi kombinasi nombor, karakter unik dan huruf besar boleh melambatkan proses godaman daripada suspek. Terdapat satu laman web yang boleh menguji kekuatan kata laluan anda daripada serangan hacker menerusi laman random ize.

4. Menggunakan VPN

cara elak menjadi mangsa hacker
Sumber Gambar: Twitter

Penggunaan Virtual Private Network(VPN) merupakan salah satu cara untuk melindungi sambungan rangkaian anda semasa menggunakan WiFi awam. Apabila anda sudah memakai aplikasi VPN,  secara automatiknya identiti anda tidak boleh dikesan  dan semua data akan selamat daripada hacker di luar sana.

Data-data yang dihantar menerusi rangkaian akan dikunci sebagai lapisan perlindungan tambahan dan sukar untuk dijejak oleh suspek. Salah satu cara serangan yang boleh digunakan oleh hacker adalah sniffing attack. Hacker akan mengakses rangkaian anda tanpa diketahui sementara mencuri data-data yang melalui rangkaian tersebut.

Secara umumnya, keselamatan data peribadi anda lebih terdedah kepada bahaya menerusi penggunaan WiFi awam. Terdapat sejumlah pilihan servis VPN yang didapati secara percuma oleh pengguna di atas talian seperti Hotspotshield, TunnelBear, ProtonVPN dan sebagainya.

5. Elakkan muat turun perisian ‘crack’

cara mengelak daripada hacker
Sumber Gambar: Twitter

Kita sedia maklum sebahagian perisian atau aplikasi perlu dibeli dan sebahagian besar pengguna lebih gemar memuat turun secara haram di laman sesawang tertentu.

Perisian yang disediakan berkemungkinan besar telah dimasukkan virus untuk mengambil alih atau mencuri segala fail di komputer mangsa. Virus ini dikenali sebagai malware yang terdiri daripada enam jenis dengan pelbagai kemampuan yang unik.

Malware yang telah berjaya menembusi sistem komputer mangsa berupaya mengakses semua maklumat peribadi dan lebih parah lagi mengambil kata laluan yang di simpan menerusi laman browser. Antara virus yang paling ditakuti adalah ransomware kerana berkemampuan untuk mengunci keseluruhan sistem dan hanya suspek yang boleh membukanya.

Disebabkan kemajuan teknologi dan internet yang semakin berkembang, para penjenayah siber juga telah berevolusi dan menjadi licik dalam memerangkap mangsa di atas talian. Sebagai pengguna internet yang bijak, anda boleh mengamalkan lima cara yang diajar tersebut sebagai langkah pencegahan daripada serangan siber.

Selain itu, ketahui juga lima cara yang digunakan hacker dalam menggodam akaun media sosial pengguna perkongsian DragonForce.

DragonForce Kongsi Lima Cara Yang Digunakan Hacker Untuk Godam Akaun Media Sosial Pengguna

https://www.thevocket.com/lancar-opsbedil-hacker-dari-malaysia-muncul-wira-selepas-berjaya-godam-pengkalan-data-israel/