Muncul sebagai antara individu terkaya dunia pastinya membuatkan orang ramai yang tertanya-tanya peranti apakah yang digunakan mereka. Jadual yang padat serta menjadi orang ternama sudah pastinya memaksa golongan ini untuk memiliki peranti yang dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Pada kali ini, kami akan kongsikan kepada peranti-peranti yang digunakan oleh individu-individu seperti Elon Musk, Jeff Bezos dan sebagainya dalam memudahkan urusan harian.

1. Elon Musk

Sumber: CNBC

Kami mulakan senarai kami dengan individu terkaya dunia ketika ini iaitu Elon Musk. Seperti yang ramai sedia maklum, beliau sememangnya obses dengan teknologi. Memiliki syarikat Tesla dan SpaceX jelas menunjukkan misi dan minat beliau.

Mengulas mengenai peranti yang digunakan, beliau sebelum ini tidak pernah mengumumkan peranti yang menjadi pilihan beliau. Dalam pada itu, beliau sering kali dilihat menggunakan iPhone namun tidak diketahui model manakah yang menjadi pilihan.

2. Jeff Bezos

Sumber: CNBC

Pemilik kepada syarikat Amazon ini pernah dilihat menggunakan telefon pintar BlackBerry sekitar pada tahun 2012. Beliau kemudiannya turut menggunakan peranti Android menerusi produk di bawah jenama beliau sendiri iaitu Amazon Fire Phone.

Model yang digunakan beliau pada ketika ini masih lagi menjadi misteri buat orang ramai berikutan pemilihan beliau yang tidak mahu mendedahkannya. Walau bagaimanapun, terdapat ura-ura di mana beliau kini menggunakan Apple iPhone namun tidak diketahui secara terperinci model yang digunakan.

3. Bill Gates

Sumber: the world economic forum

Telefon pintar yang digunakan Bill Gates sememangnya ingin diketahui ramai. Hal ini kerana beliau merupakan pengasas kepada Microsoft yang pernah mengeluarkan telefon pintar sendiri di bawah syarikatnya.

Berdasarkan tinjauan, beliau dilaporkan turut memiliki sebuah iPhone 5s dan sebuah peranti Android yang tidak diketahui jenamanya untuk penggunaan seharian.

4. Mark Zuckerberg

Sumber: WIRED

Mark Zuckerberg selaku pengasas Facebook serta individu termuda dalam senarai ini memilih untuk menggunakan Apple iPhone. Difahamkan beliau turut menerima hadiah daripada Apple menerusi hubungan baik beliau bersama individu yang bekerjasama dengan Apple.

Dalam erti kata lain, beliau mungkin menggunakan model terbaru Apple iPhone setiap kali dilancarkan secara rasmi.

5. Tim Cook

Sememangnya bukan rahsia lagi buat Tim Cook selaku CEO Apple menggunakan Apple iPhone. Bukan itu sahaja, beliau juga didapati turut menggunakan kebanyakan produk daripada jenama yang dikendalikan beliau. Dalam pada itu, pastinya agak menarik untuk mengetahui model Android manakah yang bakal menjadi pilihan beliau.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, dapat dilihat hampir kesemua individu-individu ini lebih selesa menggunakan Apple iPhone untuk kegunaan harian dalam memudahkan mereka menyiapkan segala urusan penting.

Tular pada minggu ini apabila dilaporkan Facebook mahu menukar nama syarikat dalam masa terdekat.

Facebook Rancang Tukar Nama Syarikat Dalam Masa Terdekat

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Mengubah Suai Home Screen Di iPhone Untuk Tampak Lebih Unik