Perkongsian video TikTok memang menyeronokkan bagi melihat konten menarik di platfrom tersebut. Namun begitu, pautan yang dikongsi bakal mendedahkan akaun TikTok anda setiap kali dikongsikan. Ramai pengguna yang masih mencari cara sembunyikan akaun TikTok anda daripada diketahui.

Malah, jika anda membuka akaun pautan yang dihantar oleh pengguna lain, akaun anda turut akan terdedah tidak kiralah akaun ditetapkan sebagai umum atau peribadi. Oleh itu, mari kita pelejari cara sembunyikan akaun TikTok daripada terdedah setiap kali berkongsi pautan video.

1. Pergi pada akaun TikTok anda, lalu masuk ke bahagian Settings and Privacy yang berada di penjuru atas kanan.

cara sembunyikan akaun tiktok
Sumber Gambar: TikTok

2. Kemudian, pilih Privacy.

langkah sembunyikan akaun tiktok
Sumber Gambar: TikTok

3. Klik pada Suggest your account to Others yang bakal memberi akses kepada tetapan notifikasi yang sering keluar apabila pautan video dikongsikan oleh anda.

Sumber Gambar: TikTok

4. Tekan pada People who open or send links to you untuk mematikan ciri notifikasi yang sering keluar setiap kali pautan video anda ditonton atau dibuka oleh akaun lain. Untuk lebih privasi, anda sebaiknya matikan sahaja kesemua ciri di dalam bahagian tersebut.

Sumber Gambar: TikTok

Bagaimanapun, ciri ini mungkin berguna buat pencipta konten atau pemilik untuk mengetahui siapa yang menonton video mereka. Hal ini dapat memberi maklumat berkaitan latar belakang peminat mereka dan boleh menghasilkan konten yang bersesuaian.

TikTok juga berhasrat dengan memperkenalkan ciri untuk memudahkan anda mengenali lebih banyak pengguna lain yang mempunyai minat yang sama sekaligus boleh berkongsi pendapat antara satu sama lain. Selain itu, ia dapat memastikan pengguna meluangkan masa lebih banyak pada aplikasi tersebut.

Dengan mengikuti tutorial ini, profil anda tidak akan didedahkan lagi apabila rakan membuka pautan video yang dikongsi oleh anda ataupun membuka pautan video yang dihantar. Jadi, hanya notifikasi penting sahaja yang bakal dipaparkan kepada anda.

Selain itu, anda boleh mencuba filter terbaru TikTok yang mampu menggerakkan gambar statik seakan hidup. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

Filter Terbaru TikTok Ini Mampu ‘Hidupkan’ Gambar Statik Seakan Pergerakan Sebenar

Mahu Saingi YouTube, TikTok Tawarkan Durasi Video Sehingga 10 Minit

Sumber