Pengguna Android pasti pernah mengalami situasi di mana Google Assistant terlancar secara tiba-tiba di poket. Hal ini pasti sedikit menggangu terutamanya di tempat awam, maka ramai perlu ketahui cara matikan Google Assistant tersebut.

Dalam mengatasi masalah berkenaan, Google kini telah membolehkan untuk mematikan semua output suara Google Assistant dan hanya menunjukkan jawapan kepada soalan yang dilontarkan oleh anda sahaja. Berikut cara matikan Google Assistant daripada berbunyi secara tiba-tiba di poket.

1. Pertama sekali, anda boleh pilih sama ada mahu menyapa Google Assistant dengan menyebut Hey Google kemudian sebut pula Open Assistant Settings. Cara manual pula adalah dengan klik More di penjuru kanan bawah pada halaman Google Assistant.

Sumber: How-to geek

2. Jika anda menggunakan arahan suara untuk membuka tetapan Google Assistant, ia akan memaparkan terus Assistant Settings. Sementara bagi mereka yang menggunakan secara manual, perlu tekan bahagian Settings terlebih dahulu barulah akan masuk ke bahagian tetapan tersebut.

cara matikan google assistant
Sumber Gambar: Google Assistant

3. Kemudian klik pada Assistant voice & sounds

Sumber Gambar: Google Assistant

4. Selepas itu, pergi pada bahagian Speech Output dan klik pada Phone.

Sumber Gambar: Google Assistant

5. Akhir sekali, anda boleh memilih sama ada None atau Hands-free only untuk mematikan suara Google Assistant. Sebahagian peranti memaparkan berbeza tetapan padanya tetapi membawa fungsi yang sama sahaja menerusinya.

Sumber Gambar: Google Assistant

Jika anda tidak mempunyai butang None di tetapan tersebut, anda boleh memilih Hands-free only untuk menggelakkan suara Google Assistant didengari. Jadi, dengan ini suara Google Assistant tidak akan terlancar secara automatik ketika berada di tempat awam atau majlis formal kelak.

Selepas ini, anda boleh sama ada menaip atau menggunakan suara untuk menanyakan sebarang soalan kepada Google Assistant dan ia akan menawarkan bantuan secara senyap. Diharapkan dengan tutorial ini dapat mengatasi masalah tersebut dan boleh dikongsikan kepada lebih ramai orang agar mereka juga boleh mengetahui cara mematikannya.

Selain Google Assistant, anda juga boleh pelajari cara membuat semakan kesesakan trafik pada Google Maps dengan klik pautan di bawah.

Cara Mudah Menyemak Kesesakan Trafik Pada Google Maps Bagi Perancangan Perjalanan Yang Lancar

Ini Cara Mudah Dapatkan Refund Di Google Play Store Sekiranya Tidak Sengaja Berbelanja Dalam Aplikasi