Platform penstriman video dilihat sudah menjadi suatu ‘keperluan’ kepada orang ramai untuk mengakses pelbagai konten hiburan dalam dan luar negara. Perkara ini telah menarik perhatian pelbagai syarikat besar untuk bekerjasama dengan platfrom penstriman di luar sana.

Terbaharu, Telekom Malaysia dilihat sedang mencari rakan kerjasama platform penstriman video yang bakal menawarkan pelbagai konten menarik pada masa akan datang. Kerjasama ini berpeluang memberikan pengalaman konten penstriman secara terus ke TV.

vocket-tech-news-tm
Sumber Gambar: Youtube

Buat masa ini, tiada sebarang informasi terperinci mengenai platform penstriman yang bakal berkerjasama dengan syarikat Telekom Malaysia dalam menawarkan konten di Unifi TV.

Difahamkan pihak Telekom Malaysia akan berkongsi info lanjut kepada orang ramai apabila sedia ditawarkan secara rasmi. Kami akan kongsikan berita susulan dari semasa ke semasa.

Ketahui kelebihan, kekurangan, dan perbezaan antara platform penstriman Netflix, HBO Go dan Disney+ Hotstar yang ditawarkan di Malaysia.

Kelebihan, Kekurangan Dan Perbezaan Antara Netflix, HBO Go Dan Disney+ Hotstar

Cara-Cara Live Stream Euro 2020 Secara Sah Tanpa Menggunakan Astro