Di saat pawagam tidak boleh dibuka serta platform TV yang sering memutarkan rancangan yang sama berulang kali, platform penstriman telah menjadi pilihan majoriti pengguna di Malaysia. Perbezaan platform streaming menawarkan pakej dan konten menjadikan lebih kompetitif di dalam industri.

Kepelbagaian platform penstriman pastinya membuat para pengguna sukar untuk memilih platform yang sesuai ditonton secara individu atau keluarga. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mengetahui sama ada konten yang ditawarkan bersesuaian dengan minat anda. Berikut adalah maklumat lanjut di antara perbezaan platform streaming Netflix, HBO Go dan Disney+ Hotstar yang ada di Malaysia.

1. Netflix

perbezaan platform streaming

Platform Netflix telah menawarkan pelbagai konten rancangan siri TV dan filem yang popular untuk kepuasan pelanggan. Anda boleh mengakses daripada pelbagai peranti dengan menggunakan akaun Netflix dan dikongsi  bersama-sama. Penawaran siaran tanpa iklan menambahkan lagi keseronokan sewaktu menonton rancangan kegemaran anda.

Tidak hanya terhad kepada konten hiburan semata-mata, malahan terdapat juga konten dokumentari, kartun, drama Korea dan lain-lain lagi bagi memenuhi citarasa penonton di luar sana.

Penawaran pakej yang fleksible, pasti lebih ramai dapat menggunakan platform ini mengikut kemampuan masing-masing.

Setiap pakej menawarkan fungsi penggunaan yang berbeza. Rancangan yang ditayangkan pada resolusi 4K hanya tersedia pada pakej premium. Terdapat filem dan rancangan bersiri yang ditayangkan khas untuk pelanggan Netflix sahaja. Rekaan antara muka yang interaktif turut memudahkan pengguna untuk membuat carian konten yang diinginkan.

Lebih menarik, Netflix akan mencadangkan rancangan alternatif berkaitan setelah anda sudah selesai tonton. Jika anda merasakan konten yang ditayangkan agak keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan kanak-kanak, terdapat akaun yang dikhususkan untuk kanak-kanak dengan tapisan konten yang lebih terperinci.

Fungsi muat turun konten turut memberikan fleskbiliti kepada pelanggan untuk menonton pada bila-bila masa tanpa sambungan internet.

Antara rancangan Netflix bersiri yang berjaya memenangi anugerah seperti The Irishman, House of Cards, Stranger Things dan pelbagai lagi turut membuktikan platform ini menampilkan rancangan yang berkualiti untuk pelanggan setia.

Tambahan pula, sebahagian rancangan bersiri akan didatangkan secara penuh tanpa membuat anda tertunggu-tunggu untuk mengetahui perkembangan cerita tersebut. Jika anda meminati untuk membuat langganan di platform Netflix boleh ke pautan laman rasmi Netflix untuk maklumat lebih lanjut.

Anda boleh mendapatkan pelan Netflix yang termurah pada harga serendah RM17 dengan Mobile plan. Untuk pelan ini, anda boleh menonton dengan kualiti yang memuaskan pada resolusi 488p dan hanya boleh diakses melalui telefon pintar dan tablet. Akaun ini terhad untuk satu pengguna pada satu masa sahaja.

Seterusnya, Basic plan pula didatangkan dengan harga serendah RM35 dengan ciri yang sama seperti pelan sebelum ini cuma boleh diakses dengan pelbagai peranti.

Standard plan yang berharga RM45 terdapat penambahan yang drastik. Video kualiti yang boleh ditonton pada tahap yang lebih baik dengan resolusi 1080p. Pelbagai peranti boleh digunakan dengan akaun ini serta dua peranti boleh ditonton secara serentak pada satu masa.

Akhir sekali, Premium plan yang menawarkan semua fungsi kepada pengguna dengan harga RM55. Anda berpeluang mengakses kualiti yang paling baik dengan memainkan pada kualiti sehingga 4K+HDR. Semua peranti boleh digunakan dan yang paling penting boleh ditonton melalui 4 peranti sekaligus pada satu masa.

Harga: Pakej bermula harga serendah RM17 sehingga RM55.

Pro

  • Harga yang berpatutan.
  • Pelbagai pilihan rancangan TV bersiri dan filem yang terbaru.
  • Boleh ditonton melalui pelbagai peranti.

Cons

  • Memerlukan internet yang pantas.
  • Perlu bayaran tambahan untuk video kualiti yang tinggi.
  • Sebahagian konten hanya disiarkan untuk spesifik negara.

2. HBO Go

perbezaan platform streaming

Platform HBO Go juga tidak kurangnya hebat walaupun kurang dikenali oleh pengguna di Malaysia. Kini anda boleh mengakses konten asli daripada HBO dan HBO Asia berserta koleksi filem, siri TV dan dokumentari. Tidak hanya menayangkan konten filem dan siri TV sahaja, anda turut boleh menonton 6 rancangan TV secara langsung yang disediakan seperti HBO, HBO Hits, HBO Family, HBO signature and Cinemax.

Jika anda peminat setia francais Warner Bros, ini sememangnya platform yang diimpi-impikan oleh setiap peminatnya. Anda boleh meneroka pelbagai konten yang dikeluarkan oleh syarikat Warner Bros.

Terdapat juga siri pilihan yang menarik yang tidak boleh didapati atau ditonton di platform lain yang membuatkan platform ini masih mampu mempunyai keunikan tersendiri.

Tambahan pula, ibu bapa turut diberikan fungsi untuk mengawal konten yang disiarkan supaya bersesuaian dengan anak-anak. Sari kata pelbagai bahasa turut disediakan bagi memudahkan penonton untuk mengikuti konten tersebut.

Selain itu, HBO Go turut menawarkan Watch on Demand di mana anda boleh menonton episod rancangan kegemaran yang terbaru secara langsung apabila diudarakan di platform TV.

Rancangan asli HBO yang ditayangkan di US boleh ditonton secara terus pada waktu yang sama oleh pengguna di Malaysia, jadi anda tidak perlu risau masalah spoiler yang sering berlaku sebelum ini. Anda turut boleh mengubah font, saiz dan latar belakang sari kata di HBO Go.

Setiap rancangan yang ditayangkan tidak akan ditapis untuk penonton menikmati konten yang asli. Akses filem Hollywood yang pecah panggung akan ditayangkan terlebih dahulu berbanding platform lain. Hal ini dapat memenuhi kehendak pengguna yang ingin menonton filem kegemaran dengan lebih awal.

Dalam pada itu, orang ramai masih menantikan HBO Max ditawarkan di Malaysia. Tawaran pakej bermula serendah RM34.90 bagi yang berminat serta boleh lawati laman rasmi HBO Go untuk maklumat lanjut.

Harga: Pakej bermula harga serendah RM34.90.

Pro

  • Boleh ditonton melalui pelbagai peranti.
  • Senang untuk digunakan.
  • Koleksi rancangan TV yang pelbagai.

Cons

  • Koleksi konten HBO Go hanya terhad kepada francais yang berkaitan.
  • Resolusi 4K yang sangat terhad untuk rancangan tertentu.
  • Tiada cadangan filem atau TV bersiri yang berkaitan.

3. Disney+ Hotstar

perbezaan platform streaming

Pada 1 Jun yang lalu, platform penstriman Disney+ Hotstar telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peminat tegar francais perfileman seperti Star Wars, Pixar, Marvel dan Disney pasti dapat menikmati konten kegemaran dengan lebih mudah.

Dengan melanggan pakej 3 bulan sekaligus pada harga serendah RM54 sahaja, anda sudah boleh meneroka pelbagai penawaran konten berlesen tanpa sebarang had tontonan walau dimana anda berada. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan kerana termasuk kualiti tayangan sehingga resolusi 4K untuk setiap pelanggan.

Pelbagai pilihan konten kartun kanak-kanak turut ditawarkan semestinya menjadi tarikan kanak-kanak dan peminatnya. Tambahan pula, platform ini turut menyediakan fungsi Dolby Vision dan Dolby Audio untuk memberikan pengalaman yang berbeza.

Tidak hanya menawarkan rancangan luar negara semata-mata, rancangan konten lokal turut disertakan seperti filem aksi terbaru J Revolusi 2, Zombitopia, Ejen Ali  The Movie 2 yang dikhaskan untuk pengguna Disney+ Hotstar sahaja. Satu akaun boleh membuat penstriman melalui dua peranti berbeza pada satu masa sekaligus.

Dengan pelancaran ini juga anda berpeluang menonton rancangan bersiri Loki, the Falcon and The Winter Soldier, Wanda Vision dan pelbagai bersiri daripada francais ternama  yang ditayangkan secara rasmi di platform ini.

Semua konten yang disediakan boleh dimuat turun dan dimainkan semula secara offline. Di samping itu, jika anda tidak boleh mengikuti konten disebabkan bahasa sukar difahami, anda boleh mengubah kepada sari kata dalam Bahasa Malaysia..

Terdapat dua cara untuk melanggan Disney+ Hotstar sama ada melalui aplikasi Disney+ Hotstar di Google Play Store atau App Store dan untuk pengguna Astro pula hanya perlu menambah pek filem serendah RM5 yang disertakan pada bil anda.

Selain itu, anda boleh menonton konten Disney + Hotstar di TV yang dikhususkan kepada tiga jenis sahaja iaitu Android TV, Chromecast dan Apple TV. Perbezaan platform streaming ini berbanding yang lain adalah lebih mesra keluarga kerana tapisan konten yang ketat. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Disney+ Hotstar, boleh lawati laman rasmi Disney + Hotstar.

Harga: Pakej bermula harga serendah RM54.90 untuk 3 bulan sekaligus atau menambah pek filem dalam langganan Astro dengan hanya RM5.

Pro

  • Pelbagai konten daripada jenama francais besar.
  • Video kualti sehingga resolusi 4K untuk setiap pelanggan.
  • Harga yang kompetitif.

Cons

  • Penawaran konten yang masih terhad berbanding pesaing lain.
  • Sebahagian konten hanya terhad untuk spesifik negara.
  • Terlalu banyak suntingan konten yang menggurangkan keseronokan tontonan.

Berdasarkan informasi yang telah disediakan, anda boleh menyelidiki setiap platform terlebih dahulu. Perbezaan platform streaming memberikan nilai yang berbeza bergantung kepada citarasa anda. Platform Netflix dilihat lebih dominan dengan penawaran konten yang lebih universal untuk pengguna yang mahukan pelbagai pilihan konten yang trending.

Tahukah anda bagaimana Netflix mampu membuat anda ketagih menonton dan terus melanggan di platform tersebut.

Bagaimana Netflix Mampu Buatkan Anda Ketagih Menonton Dan Terus Melanggan

Kajian Menunjukkan Malaysia Antara Negara Yang Mempunyai Pelan Netflix Termurah Di Dunia