Platform Netflix telah menjadi pilihan pengguna serata dunia untuk menonton pelbagai rancangan bersiri dan filem yang ditawarkan. Kemudahan untuk mengakses melalui pelbagai peranti turut merancakkan lagi permintaan servis strim daripada syarikat Netflix. Saham Netflix dapat dilihat masih mengekalkan prestasi yang memberansangkan dari tahun ke tahun.

Industri platform penstriman telah menjadi satu keperluan kepada pengguna di luar sana untuk mendapatkan hiburan yang terkini. Memetik daripada Twitter @FezzaHussin, beliau telah menerangkan cara Netflix tingkatkan kesetiaan pelanggan yang tinggi berbanding pesaing.

Netflix telah berjaya mencapai market cap atau dalam bahasa mudah nilai pasaran yang telah dicapai sehingga $242 billion (~RM 1 trillion) setakat bulan Jun 2021. Namun, apa yang menarik perhatian ramai mengenai Netflix adalah kadar kesetiaan pelanggan yang tinggi.

Berdasarkan graf kadar langganan selepas setahun di Amerika Syarikat, dapat dilihat Netflix mendahului dengan kadar 75%. Dalam erti kata lain, Netflix berjaya mengekalkan peratusan kesetiaan pelanggan yang tertinggi berbanding pesaing.

Ujar beliau lagi, cara syarikat Netflix mengumpul lebih 200 juta pelanggan untuk kekal melanggan adalah menerusi penggunaan data yang telah dikumpul dan diimplemen menerusi penggunaan data analytics model dalam mengetahui tingkah laku pelanggan dan paten pembelian.

Hasil data yang terkumpul, Netflix akan menyajikan pilihan rancangan filem dan TV mengikut citarasa pelanggan berkenaan. Sekiranya anda suka menonton filem genre seram dan komedi, anda akan lihat lebih banyak cadangan genre filem yang berkaitan sewaktu melayari Netflix.

Jika anda tertanya-tanya data apa yang telah diambil oleh pihak Netflix, data yang dimaksudkan adalah rutin anda sepanjang penggunaan platform ini. Setiap rutin anda telah direkodkan secara terperinci untuk memahami minat pelanggan terhadap setiap rancangan yang ditayangkan.

Sebab Saham Netflix Melonjak
Sumber Gambar: Netflix

Sementara itu, data yang dikumpul bukan sahaja dapat membantu pihak Netflix menawarkan tayangan mengikut minat pelanggan semata-mata malahan mereka mampu menghasilkan siri TV atau filem yang akan sentiasa menjadi trending.

Maka benarlah pengguna di serata dunia sangat selesa menggunakan Netflix dan terus membuat langganan bulanan disebabkan oleh konten yang disajikan menepati citarasa mereka sekaligus menjadi cara Netflix tingkatkan kesetiaan pelanggan.

Sementara itu, rakyat Malaysia dilaporkan bakal menerima servis strim Netflix melalui Astro di dalam beberapa bulan lagi. Pasti lebih ramai lagi yang akan berminat untuk mendapatkan servis gabungan ini apabila telah dilancarkan secara rasmi kelak.

Jika anda ingin mengetahui cara-cara live stream Euro 2020 secara sah tanpa menggunakan Astro, klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Cara-Cara Live Stream Euro 2020 Secara Sah Tanpa Menggunakan Astro

Cara Untuk Aktifkan Dolby Atmos Pada Apple Music iPhone Anda

Sumber