Sekarang ini pastinya semua peminat bola sepak tengah hangat dengan UEFA Euro 2020. Dalam pada itu, pastinya ada antara anda yang masih tercari – cari platform yang sah ada di Malaysia untuk menonton perlawanan pasukan kegemaran anda dengan lebih selesa dan jelas melalui smartphone.

Kini anda boleh menonton secara sah live stream Euro 2020 secara terus daripada smartphone dengan menggunakan aplikasi Sooka, iaitu sebuah platform penstriman rasmi yang disediakan daripada syarikat Astro untuk pengguna. Aplikasi ini sedia digunakan pada peranti Android dan iOS.

live stream euro 2020
Sumber: Sooka

Menariknya, Sooka juga turut menawarkan pelbagai rancangan siri TV, filem, drama bersiri, dan sukan. Terdapat juga bahagian Live TV dimana anda boleh menonton pelbagai saluran TV tempatan dan luar negara seperti Astro Awani, Astro Arena dan lain-lain siaran lagi yang ditayangkan secara langsung.

Anda berpeluang strim konten daripada platform Sooka secara percuma akan tetapi akan terdapat iklan yang tersedia. Sekiranya anda tidak mahu sebarang gangguan sewaktu menonton rancangan kegemaran TV atau bola sepak, Sooka menyediakan dua pakej langganan bagi memberi akses kandungan sepenuhnya tanpa sebarang iklan.

vocket-sooka-konten-1
Sumber Gambar: Sooka.my

Pakej VIP Entertainment

Untuk langganan pakej yang pertama iaitu VIP Entertainment, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 15.90 sebulan sahaja bagi mendapat features yang esklusif untuk menonton siri TV dan movie.

Pakej VIP+Sports

Pakej yang kedua pula lebih menfokuskan kepada peminat sukan iaitu VIP+Sports iaitu RM 15.90 sebulan sahaja tetapi tawaran ini terhad untuk 3 bulan yang pertama sebelum kembali kepada harga asal iaitu RM41.90 sebulan. Anda bakal mendapatkan akses untuk semua konten sukan dan hiburan di Sooka.

Aplikasi ini sememangnya mudah untuk digunakan dan sangat sesuai dari peminat bola sehinggalah kaki stream di smartphone. Buat anda yang mahu live stream Euro 2020, anda boleh cuba platform penstriman yang baru ini, anda boleh memuat turun di Google Play Store dan App Store. Selain itu, anda juga boleh mengakses melalui laman web rasmi Sooka untuk mengetahui lebih lanjut.

Ketahui juga mengapa fungsi terbaru pada iPhone sering lewat dikeluarkan kepada pengguna. Turut dikongsikan, inovasi lelaki ini dalam menghasilkan meja berdiri elektrik paling murah untuk pasaran Malaysia.

Mengapa Fungsi Terbaru Pada iPhone Sering Lewat Dikeluarkan Kepada Pengguna

Demi WFH, Lelaki Ini Hasilkan Meja Berdiri Elektrik Paling Murah Di Pasaran Malaysia

Sumber