Netflix sebelum ini sudah memperkenalkan pelan percuma kepada negara Kenya dalam meningkatkan kadar pertumbuhan pengguna yang bakal dinikmati sekurang-kurangnya 20 juta pengguna internet di sana. Terbaharu, Netflix telah meluaskan penawaran pelan percuma ini kepada pengguna di Vietnam pula.

Pengenalan pelan percuma ini boleh diakses oleh peranti Android sahaja dan pengguna hanya perlu mendaftar menggunakan emel yang sah serta berusia 18 tahun ke atas.

Sumber Gambar: VnExpress International

Menerusi pelan percuma ini juga, pengguna boleh menghasilkan sehingga 5 akaun berbeza dan setiap profil. Malah, pelbagai ciri yang disediakan pada pelan percuma ini seperti kawalan ibu-bapa, PIN profil untuk kunci akses daripada orang lain serta ciri ‘My List’.

Seperti di Kenya juga, Netflix dalam perancangan untuk menambah fungsi memuat turun pada bulan hadapan supaya pengguna boleh menonton tanpa sambungan internet selepas ini. Namun begitu, penawaran pelan percuma masih dihadkan konten yang boleh diakses sehingga 25% sahaja dan hanya eksklusif untuk peranti Android sahaja.

Malah, pengguna turut tidak boleh memasang konten menerusi pelbagai peranti serta tidak tersedia untuk iOS atau web dan juga tiada ciri permainan seperti yang terdapat pada pelan berbayar. Perkembangan ini dilihat sangat menarik kerana terdapat potensi pelan ini bakal dikembangkan kepada negara-negara lain pula termasuklah Malaysia di masa kelak.

Buat anda yang melanggan Netflix, kini boleh mengakses sejumlah permainan yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna di peringkat global.

Netflix Games Sedia Ditawarkan Secara Global Buat Para Pengguna Android

Kajian Menunjukkan Malaysia Antara Negara Yang Mempunyai Pelan Netflix Termurah Di Dunia