Sebelum ini Netflix sudahpun menguji ciri Netflix Games di beberapa buah negara terpilih dan kini secara rasminya Netflix telah menawarkan Netflix Games kepada semua pelanggan yang menggunakan peranti Android tanpa sebarang caj tambahan.

Sebanyak lima permainan yang tersedia buat pengguna aplikasi Netflix di platform Android iaitu Stranger Things 1984 (Bonus XP), Strangers Things 3: The Game (Bonus XP), Shooting Hoops (Frosty Pop), Teeter Up (Frosty Up) dan Card Blast (Amuzo & Rogue Games).

Untuk mengaksesnya, pengguna hanya mempunyai langganan Netflix sahaja dan ia sedia dimuat turun aplikasi Netflix Games di Google Play Store untuk dimainkan tanpa sebarang iklan atau pembelian dalam permainan diperlukan seperti yang dinyatakan oleh pihak Netflix.

Selain itu, Netflix mengatakan mereka masih berada dalam peringkat di awal di mana masih pelbagai penambah baikan yang akan dibuat supaya pengalaman permainan yang baik boleh dinikmati oleh semua termasuklah peranti telefon pintar dan tab sekaligus.

Netflix juga menambah lagi dengan mengatakan sebahagian permainan masih boleh diakses secara luar talian dan ciri ini bakal ditawarkan kepada platform iOS pula pada masa kelak. Aplikasi Netflix bakal ditambah dengan tab khas untuk Netflix Games pada 4 November nanti.

Kali ini dilihat platform Android diberi keutamaan berbanding iOS yang kebiasannya menjadi pilihan syarikat di luar sana sewaktu sesi ujian sesuatu ciri baharu. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan Netflix Games yang pasti menjanjikan pengalaman permainan yang lebih baik serta penambahan tajuk permainan pada masa kelak.

Berdasarkan kajian yang dibuat telah menunjukkan Malaysia antara negara yang mempunyai pelan Netflix termurah di dunia.

Kajian Menunjukkan Malaysia Antara Negara Yang Mempunyai Pelan Netflix Termurah Di Dunia

Bagaimana Netflix Mampu Buatkan Anda Ketagih Menonton Dan Terus Melanggan