Netflix sebelum ini membenarkan sejumlah profil dan pengguna untuk menonton secara serentak pada sebarang peranti berdasarkan pelan yang diambil. Kebiasaannya pengguna-pengguna akan berkongsikan satu akaun Netflix yang sama dalam menjimatkan wang untuk menikmati konten premiumnya.

Bagaimanapun, situasi ini dijangka akan berubah tidak lama lagi selepas Netflix dilaporkan akan mengenakan bayaran tambahan untuk akaun yang dikongsikan. Namun begitu, takrif bayaran ini hanya akan dilakukan kepada beberapa kawasan terpilih iaitu Chile, Costa Rica dan Peru dengan menerima ciri baharu yang dikenali sebagai Add Extra member.

Sumber Gambar: Technology button

Menerusinya, ia membolehkan pengguna untuk menambah sehingga dua orang individu di luar isi rumah pengguna ke dalam akaun sendiri dengan ID log masuk dan kata laluan masing-masing. Malah, pengguna boleh memindahkan profil-profil yang berkongsikan akaun tersebut ke akaun baharu supaya memastikan setiap kandungan yang ditonton kekal sama.

Kos tambahan yang dikenakan di Chile berharga CLP2380 (~RM12.50), sementara di Costa Rica sekitar US$2.99 (~RM12.50) dan diikuti Peru yang berharga PEN7.90 (~RM8.88). Bayaran tersebut merupakan penambahan dari yuran langganan yang sedia ada pengguna terbabit.

Meskipun begitu, pihak Netflix juga sudah menerangkan bahawa pengenalan fungsi ini secara global hanya dibuat selepas melihat sebanyak mana pengguna baharu yang dapat diperolehinya di dalam pengujian ini. Tetapi masih dilihat terdapat potensi pengguna masih mampu berkongsikan ID melainkan terdapat ciri verifikasi padanya.

Sebelum ini, Netflix telah menawarkan pelan percuma buat negara Vietnam dalam usaha menarik lebih banyak pengguna baharu kepada platform tersebut.

Netflix Sedia Tawarkan Pelan Percuma Buat Negara Asia Bermula Dengan Vietnam

Netflix Games Sedia Ditawarkan Secara Global Buat Para Pengguna Android