Jika dahulu Netflix selesa menjadi satu-satunya penyedia platform penstriman di pasaran, kini sudah tidak lagi kerana terdapat sejumlah syarikat penyedia yang turut bersaing menawarkan konten eksklusif buat pengguna yang berminat.

Menerusi laporan kewangan yang dikeluarkan pada 10 Ogos oleh Walt Disney, platform Disney+ telah menerima penambahan 14.4 juta langganan bagi suku tahunan baru-baru ini. Secara keseluruhan, Disney mempunyai 221 juta langganan bagi semua platform penstriman yang ditawarkan termasuk Hulu dan ESPN+.

Sumber Gambar: Medium

Ini menandakan Disney kini sudah mendahului jumlah langganan Netflix yang hanya mempunyai 220.67 juta pelanggan aktif seluruh dunia. Malah, Netflix turut menunjukkan prestasi yang merudum dengan kehilangan 1.28 juta pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada. Malah, penyusutan ini juga telah berlaku di sejumlah negara lain.

Malah di Malaysia sahaja, pengguna juga sudah mulai beralih ke Disney+ kerana konten yang ditawarkan lebih menyeronokkan dengan pelbagai ciri menarik menerusinya. Harga langganan juga dilihat sangat berpatutan lebih-lebih lagiĀ  buat mereka yang melanggan pelan internet seperti unifi atau Astro sekaligus.

Sumber Gambar: The Manual

Di samping itu, Disney juga mengumumkan langganan Disney+ akan dinaikkan bermula 8 Disember ini. Kenaikan harga ini adalah berikutan pelancaran pelan sokongan iklan bagi perkhidmatan penstriman itu dengan kos $7.99 (~RM35.61) sebulan yang mana harga berkenaan tersedia pada pelan tanpa iklan ketika ini.

Manakala, pelan langganan bulanan tanpa iklan pula akan dikenakan bayaran $10.99 (~RM48.98) pada Disember kelak. Kenaikan ini bagaimanapun hanya tertakluk kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Tetapi tidak mustahil sekiranya Disney akan menaikkan harga langganan di pasaran lain kelak.

Netflix sebelum ini juga dilaporkan bakal memperkenalkan pelan bajet dengan papara iklan untuk menarik pelanggan baru.

Mahu Tarik Pelanggan Baru, Netflix Sahkan Bakal Perkenalkan Pelan Bajet Dengan Paparan Iklan

Netflix Dilaporkan Sedang Meneroka Kandungan Berbentuk Siaran Langsung