Telekom menerusi unifi sebelum ini pernah menawarkan pakej Broadband Lite 1Mbps dengan penawaran kuota 1GB sebulan. Hal ini telah menyebabkan majoriti pengguna di internet menyuarakan pendapat mengenai pakej tersebut yang dianggap tidak releven.

Terbaharu, Telekom Malaysia dilihat telah mengemas kini penawaran pakej TM Broadband Lite 1Mbps setelah mengambil kira maklum balas yang diterima daripada pengguna. Menerusi kemas kini yang terbaru, TM telah menampilkan beberapa penambah baikan pada pakej kali ini.

vocket-tech-news-tm-1
Sumber Gambar: Unifi

Pihak TM menyatakan kepada pelanggan yang berminat untuk melanggan pakej ini perlu tinggal di kawasan yang tidak mempunyai rangkaian fiber. Selain itu, TM juga telah menambah kuota data daripada 1GB kepada 50GB sebulan. Kelajuan internet pengguna bakal dihadkan kepada 128kbps sahaja sekiranya kouta 50GB sebulan habis digunakan sehingga ke bulan berikutnya.

Sekiranya anda berminat dengan pakej terbaru ini, anda boleh rujuk tawaran pakej ini di laman rasmi unifi bermula hari ini dengan langganan pakej ini pada harga serendah RM38 sebulan. Kemas kini pakej ini berpeluang memudahkan pengguna untuk mendapat akses internet pada harga yang berpatutan.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu pakej TM Broadband Lite 1Mbps dengan klik pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/tm-hisap-gam-cap-apa-netizen-persoal-plan-internet-tm-broadband-lite-dengan-kelajuan-1mbps/

40 Kawasan Di Sarawak Dijangka Alami Masalah Internet Sehingga Ogos Ini

50 Daerah Dengan Jumlah Aduan Masalah Tertinggi Rangkaian Telekomunikasi Di Malaysia

Sumber