Sudah menjadi satu keperluan asas buat semua orang untuk memiliki internet berkelajuan tinggi untuk kegunaan seharian. Menerusinya, para pengguna juga akan menstrim kandungan hiburan eksklusif menerusi platform-platform penstriman terkemuka seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan banyak lagi.

Oleh itu, Telekom Malaysia kini sedia menawarkan langganan dan akses kepada perkhidmatan Disney+ Hotstar bermula hari ini. Menariknya, pakej akses internet berkelajuan tinggi ini disertakan sekali bersama perkhidmatan Disney+ Hotstar secara khusus buat semua pelanggan unifi 100Mbps.

Sumber Gambar: unifi tv

Sehubungan itu, semua pelanggan baharu unifi 100Mbps boleh mengakses Disney+ Hotstar secara percuma sahaja. Menerusi FAQ pada laman unifi TV, TM menyatakan akses percuma untuk Disney+ Hotstar tersebut akan diberi selama 6 bulan yang tertakluk kepada pelanggan baharu sahaja.

Ini merupakan satu promosi menarik untuk pelanggan unifi Home terbaharu yang mana boleh menikmati internet berkelajuan tinggi bersama akses kandungan eksklusif Disney+ Hotstar dengan harga RM129 sebulan.

Buat pelanggan sedia ada, anda boleh melanggan akses Disney+ Hotstar secara berasingan yang berharga RM54.90 untuk tiga bulan sekaligus atau pada harga RM16 sebulan bersama unifi TV. Pelanggan unifi TV Ultimate Pack pula boleh mengakses Disney+ Hostar secara percuma tanpa sebarang bayaran tambahan.

Dalam pada itu, penawaran satelit internet Starlink juga dijangka bakal ditawarkan di Malaysia seawal tahun hadapan.

Satelit Internet Starlink Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Seawal Tahun 2023

Netflix Dilaporkan Sedang Meneroka Kandungan Berbentuk Siaran Langsung

Sumber