Telekom Malaysia (TM) pada minggu ini telah mengongsikan beberapa perkembangan syarikat melibatkan angka pelanggan yang menggunakan produk mereka serta jumlah pelanggan TM yang sudah mencecah dua juta seluruh negara.

Menerusi laporan yang dikongsikan, TM memaklumkan seramai 89,000 pelanggan yang berada dalam kawasan yang menawarkan unifi masih belum beralih daripada Streamyx kepada unifi.

ezgif-4-13b65be910f2

Selain itu, dilaporkan seramai 173,000 pelanggan masih lagi menggunakan rangkaian Streamyx setakat suku pertama tahun 2021. TM kini turut menyediakan beberapa rangkaian lain buat para pengguna merangkumi unifi Air dan unifi Mobile yang menawarkan jaringan internet yang lebih pantas berbanding rangkaian Streamyx.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan yang ditawarkan di TM, anda boleh klik di sini untuk ke laman rasmi unifi.

Sebelum ini TM dikatakan sedia bekerjasama dengan platform penstriman video. Turut dikongsikan 19 negara yang mempunyai kelajuan internet 5G terpantas di dunia.

Telekom Malaysia Dilaporkan Sedia Bekerjasama Dengan Platform Penstriman Video

19 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet 5G Terpantas Di Dunia

Sumber