Siar merupakan satu perkhidmatan penstriman tempatan yang menawarkan akses kepada himpunan sejumlah filem klasik dan nostalgia tempatan menerusi unifi TV. Pasti ramai yang merindui lakonan dan celoteh artis-artis terulung seperti Tan Sri P. Ramlee, Ibrahim Pendek dan banyak lagi.

Kini Telekom Malaysia mengumumkan penambahan saluran Siar bersempena bulan September 2022 ini. Dengan penambahan ini, mereka yang melanggan pek Ultimate atau Aneka Plus boleh mengakses saluran Siar HD pada saluran 121.

Sumber Gambar: Cari Gold

Buat anda yang melanggan sama aad pek Ultimate atau Aneka Plus, bolehlah mengakses saluran Siar HD menerusi Unifi TV hari ini. Ketika ini pek Ultimate menawarkan langganan RM49.90 sebulan dan Aneka Plus pula berharga RM30 sebulan.

Sebelum ini, TM melaporkan bakal memindahkan pelanggan Streamyx dan unifi Lite kepada internet fiber menjelang tahun 2025.

TM Bakal Pindahkan Pelanggan Streamyx Dan unifi Lite Kepada Internet Fiber Menjelang 2025

Gagal Tawarkan Servis Berkualiti, Penyedia Perkhidmatan Internet Bakal Dikenakan Tindakan MCMC

Sumber