Dengan jangkaan pelancaran MacBook Air M2 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Pihak Apple Malaysia kini sudah pun mengemas kini halaman Apple Store Malaysia yang mana memaparkan model MacBook Air M2 boleh ditempah oleh pengguna tempatan pada 8 Julai ini.

Apple juga mengatakan anda boleh membuat tempahan bermula 8 malam waktu tempatan pada tarikh berkenaan. MacBook Air M2 pada kali ini membawakan beberapa pembaharuan baharu termasuk prestasi yang lebih berkuasa dengan adanya cip baharu serta rekaan skrin yang bertakuk dengan kemas kini kamera hadapan 1080p.

Sumber Gambar: Apple Malaysia

Selain itu, model ini bakal hadir dengan port pengecasan berasaskan magnetik iaitu MagSafe dan juga paparan skrin Liquid Retina yang mencapai 500nits untuk paparan lebih jelas dan cerah. Malah, ketahanan bateri pula dikatakan mampu mencapai sehingga 18 jam lamanya.

MacBook Air M2 sedia ditawarkan dalam dua variasi buat pasaran Malaysia yang menampilkan perbezaan utama pada GPU. Versi asas yang menggunakan GPU 8-core bakal ditawarkan dengan harga RM5,499 sementara versi asas dengan GPU 10-core pada harga bermula RM6,699.

Antara spekulasi awal berkaitan iPhone 14 dikatakan bakal kekal menggunakan cipĀ  A15 sementara versi pro menerima naik taraf cip baharu.

iPhone 14 Dikatakan Kekal Gunakan Cip Yang Sama, Hanya Versi Pro Menerima Naik Taraf Cip Baharu

Tidak Pernah Dilihat Ramai, YouTuber Ini Dedahkan Prototaip Awal iPhone 2G Bernilai RM2.2 Juta

Sumber