Apple Malaysia pada hari ini sedia menawarkan barisan iPhone 13 secara rasmi buat para peminat. Penawaran keempat-empat barisan model iPhone 13 ini merangkumi model iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Menerusi pengenalan siri iPhone 13 kali ini, para pengguna berpeluang menikmati pelbagai perubahan baharu yang telah disertakan merangkumi cip pemprosesan A15 Bionic yang lebih berkuasa, sokongan skrin dengan refresh rate sehingga 120Hz, pilihan ruangan storan sehingga 1TB, kemampuan rakaman beresolusi 4K ProRes dan sebagainya.

Sumber Gambar: Wall Street Journal

Apple menawarkan iPhone 13 mini pada harga bermula RM3,399, sementara iPhone 13 juga boleh didapati dengan harga RM3,899, diikuti iPhone 13 Pro dengan harga bermula RM4,899 dan iPhone 13 Pro Max  pula berharga RM5,299.

Buat anda yang mahu mendapatakan siri iPhone 13, anda disarankan untuk mendapatkannya menerusi laman rasmi Apple. Menerusi kemas kini terbaru laman Apple, pengalaman pembelian model daripada Apple pastinya lebih mudah beserta penawaran penghantaran percuma.

Sekiranya anda mahukan iPhone yang serba lengkap beserta teknologi baharu, siri iPhone 13 yang hadir dengan pelbagai pilihan spesifikasi dan saiz skrin antara yang boleh dijadikan pilihan.

Dilaporkan kos untuk menghasilkan sebuah iPhone 13 Pro cuma sekitar RM2,381 sahaja. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Kos Untuk Hasilkan Apple iPhone 13 Pro Cuma Sekitar RM2,381 Sahaja

Baik Pulih iPhone 13 Oleh Pihak Ketiga Mampu Menyebabkan Kegagalan Face ID

Sumber