Sebut mengenai Apple, pasti ramai yang cukup tahu di mana produk daripada jenama ini sering kali hadir dengan harga yang premium. Walau bagaimanapun, produknya yang releven untuk digunakan untuk jangka masa panjang membuatkan model daripada Apple menjadi pilihan.

Terbaharu, Irfan Khairi selaku usahawan yang menetap di negara luar tampil berkongsi menerusi TikTok seleksi model Apple iPhone 13 yang tersedia di sebuah kedai di Dubai.

Disangka siri iPhone 13 sudah mempunyai harga yang tinggi, video yang dipaparkan menunjukkan model iPhone 13 Pro dan Pro Max edisi khas yang hadir dengan harga yang lebih mahal menerusi kemasan daripada syarikat Swissfone dalam menampakkan lebih premium dan unik.

@irfan.khairi

Sanggup tak? 🤣

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Berdasarkan video yang dikongsikan, Irfan Khairi menunjukkan model-model iPhone 13 Pro dan Pro Max edisi khas yang hadir dengan harga yang bermula daripada RM11,000 kepada sekitar RM24,000.

Sekiranya terdapat pengguna yang mahu tampil berbeza berbanding pengguna iPhone yang lain lain, mungkin mendapatkan iPhone daripada syarikat Swissfone antara yang boleh dijadikan pilihan.

Ketahui juga rahsia di sebalik rekaan kotak iPhone mampu membuatkan para pembeli teruja menerusi perkongsian lelaki ini.

Lelaki Ini Bongkar Rahsia Rekaan Kotak iPhone Yang Mampu Buatkan Para Pembeli Teruja

Gara-Gara Tidak Tawarkan Pengecas Bersama iPhone 12, Apple Sekali Lagi Disaman Di China

 

Sumber