Sebelum ini, kita sudah mendengar spekulasi akan perancangan Apple yang mahu memperkenalkan pelan langganan bulanan iPhone dalam masa terdekat ini. Pengenalan pelan adalah untuk memudahkan pelanggan yang berminat menikmati peranti terbaharu Apple menerusi kontrak sewaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menerusi laporan Bloomberg terkini, harga langganan yang ditawarkan oleh Apple akan bermula serendah $35 (~RM148) sebulan untuk iPhone 13, kemudiannya diikuti pula dengan pelan langganan berharga $45 (~RM190) untuk iPhone 13 Pro dan diikuti $50 (~RM210) untuk iPhone 13 Pro Max.

Sumber Gambar: NextPit

Menariknya, seperti yang dikatakan sebelum ini, pelan ini bukan hanya didatangkan dengan peranti semata-mata malahan hadir bersama servis Apple One dan Apple Care. Bagaimanapun, peranti perlu dikembalikan kepada Apple sebaik tidak disewa lagi lalu boleh dijual semula sebagai peranti terpakai untuk menjana lebih banyak pendapatan buat Apple.

Apple berkemungkinan melancarkan perkhidmatan berkenaan seawal tahun ini atau pun selewat-lewatnya pada tahun 2023 kelak. Menerusi pelan langganan bulanan ini juga, Apple juga mahu membolehkan pengguna menaik taraf ke peranti iPhone baharu selepas tempoh yang ditetapkan dengan mudah tanpa rasa terbeban.

Sementara itu, Apple juga telah mengarahkan para jurutekniknya untuk tidak membaiki iPhone yang berstatus hilang atau dicuri selepas ini.

Apple Store Dilaporkan Bakal Menolak Membaiki iPhone Yang Dilaporkan Hilang Atau Dicuri

Ekoran Krisis Ukraine-Rusia, Apple Dijangka Kurangkan Pengeluaran iPhone Dan AirPods