Sejak awal tahun lagi sudah kedengaran desas-desus mengenai siri iPhone baru bakal hadir dengan penawaran storan sehingga 1TB pada kali ini. Namun, perkara ini telah disangkal oleh pihak TrendForce sendiri.

Terbahru, muncul pula desas-desus yang mengatakan tentang kehadiran iPhone 13 dengan pilihan storan sehingga 1TB. Menurut laporan yang dibuat oleh 9to5Mac, siri iPhone 13 mungkin hadir dengan pilihan storan 1TB yang merupakan sekali ganda lebih besar berbanding penawaran storan yang tertinggi buat masa ini iaitu 512GB sahaja.

vocket-tech-news-iphone-13-baru-2
Sumber Gambar: Android Authority

Apple juga dijangka bakal menawarkan penambahan ciri LiDAR pada semua barisan model iPhone 13 kali ini. Jangkaan penawaran harga juga akan meningkat berikutan peningkatan ruang storan dalaman.

Ini bukanlah perkara yang baru memandangkan iPad sudah tersedia dengan penawaran pilihan storan sehingga 1TB dan ia bukan satu perkara yang mustahil bagi pihak Apple untuk membuat perkara yang sama pada peranti yang lain.

Perkara ini telah memberikan pelbagai reaksi pada pengguna internet di luar sana. Jika benar ura-ura yang diperkatakan ini, adakah anda bakal sudi berbelanja besar bagi mendapatkan model dengan saiz storan 1TB ini?

Dalam minggu ini juga terdapat desas-desus kehadiran iPhone Pro Max versi bajet pada tahun hadapan.

Apple Dijangka Bakal Perkenalkan iPhone Pro Max Versi Bajet Pada Tahun Hadapan

Apple Bakal Memperkenalkan iPhone SE Baharu Dengan Sokongan 5G Pada 2022

Sumber