Sejak mulai dilancarkan, iPhone 13 nampaknya telah menjadi rebutan orang ramai seluruh dunia. Meskipun ditawarkan dengan harga yang premium, model ini masih lagi berjaya ditempah dengan laris.

Menurut perkongsian TechInsights, iPhone 13 Pro mempunyai kos penghasilan yang lebih tinggi berbanding model iPhone 12 Pro sebelum ini. Model iPhone terbaharu ini menawarkan beberapa perubahan baharu dalam menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Sumber Gambar: Tech Insights

Secara kasarnya, kos diperlukan untuk menghasilkan sebuah iPhone 13 Pro adalah sebanyak $570 (~RM2,381) manakala kos iPhone 12 Pro pula sebanyak $548 (~RM2,289). Sebagai perbandingan, kos penghasilan Samsung Galaxy S21+ adalah sekitar $508 (~RM2,122) yang dilihat lebih rendah berbanding kedua-dua model ini.

Difahamkan perbezaan harga antara dua model iPhone ini berlaku ekoran kos komponen yang tinggi seperti cip A15 Bionic, sistem kamera yang telah ditambah baik berserta skrin paparan ProMotion beserta kapasiti bateri yang telah dipertingkat.

Walaupun begitu, harga yang ditawarkan pada kali ini masih sama seperti penjualan iPhone 12 Pro yang lalu. Hal ini sekaligus telah menunjukkan Apple masih ‘bermurah hati’ dalam menawarkan model baharu iPhone kepada pengguna.

Dilaporkan Apple iPhone 13 yang dibaiki oleh pihak ketiga boleh menyebabkan kegagalan fungsi Face ID.

Baik Pulih iPhone 13 Oleh Pihak Ketiga Mampu Menyebabkan Kegagalan Face ID

Mahu Jaga Alam Sekitar, Kotak iPhone 13 Akan Ditawarkan Tanpa Plastik Pembalut

Sumber