Kita sedia maklum Apple sangat menitikberatkan tentang alam persekitaran dengan pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan sisa pembuangan dapat dikurangkan sekaligus. Menerusi pengenalan siri iPhone 13, Apple turut menggunakan bahan kitar semula dalam penghasilan komponen dalaman dan sebagainya.

Berdasarkan informasi terbaru, Apple juga akan mengimplentasi pengecualian pembalut plastik pada kotak iPhone yang dijual. Tindakan ini diambil bagi mengelakkan penghasilan sisa buangan plastik sekitar 600 tan metrik yang berlaku sebelum ini. Hal ini menjadikan ianya lebih mesra alam serta dapat meningkatkan kualiti persekitaran sekaligus.

Sumber Gambar: Twitter

Selepas ini, anda mungkin sudah tidak dapat lagi lihat plastik yang berbalut pada kotak iPhone yang baru dibeli. Secara tidak langsung, anda juga telah mengambil bahagian di dalam usaha ke arah yang lebih baik.

Siri iPhone 13 bakal ditawarkan secara rasmi di Malaysia seawal 8 Oktober ini serta boleh membuat pra-tempahan pada 1 Oktober kelak.

Siri iPhone 13 Sedia Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Seawal 8 Oktober Ini

Apple Tawarkan Harga Jualan iPhone 12 Dan iPhone 12 mini Serendah RM2,899

Sumber