iPhone 13 sudah diperkenalkan sejak bulan September yang lalu dengan pelbagai reaksi yang diterima oleh orang ramai. Terdapat sebahagian pengguna yang berpuas hati dengan rekaan yang ditawarkan dan terdapat sebahagian pengguna yang kurang berminat dengan rekaan yang hampir sama ditawarkan pada model kali ini.

Menerusi laporan TheElec, Apple dikatakan sudah membuat keputusan untuk hanya menggunakan rekaan lubang kamera kecil pada bahagian hadapan bagi kedua model iPhone 14 versi Pro dan Pro Max sahaja. Difahamkan sensor bagi Face ID akan diletakkan pada bahagian bawah skrin bagi memudahkan akses menerusi iPhone buat pengguna.

Sumber Gambar: Medium

Dalam masa yang sama, terdapat jangkaan bahawa Apple tidak akan menawarkan lagi model mini pada tahun hadapan. Dikatakan juga iPhone 14 versi Pro bakal menggunakan panel paparan jenis OLED LTPO yang terdapat barisan iPhone 13 Pro.

Selain itu, Samsung Display telah dilantik menjadi pembekal skrin iPhone tidak bertakuk kepada Apple sementara syarikat LG dan BOE masih dikekalkan sebagai pembekal skrin iPhone buat masa ini. Sudah pasti ramai yang menantikan kehadiran rekaan iPhone yang serba baharu setelah sekian lama menggunakan rekaan yang lebih kurang sama sahaja.

Sebelum ini juga, sudah terdapat beberapa rendering iPhone 14 yang menampilkan rekaan yang diberikan nafas baharu dan kelihatan lebih menarik.

Belum Lagi iPhone 13 Dilancarkan, Rekaan iPhone 14 Sudah Mulai Tertiris

Apple Dijangka Tawarkan Siri iPhone 14 Dengan Harga Terendah Beserta Rekaan Serba Baharu

Sumber