Apple baru sahaja mengumumkan siri iPhone 13 pada pagi tadi dan kini ianya secara rasmi sudah ditawarkan kepada pasaran Malaysia seawal 8 Oktober 2021 ini. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya, anda sudah boleh membuat pra-tempahan pada 1 Oktober ini menerusi laman rasmi Apple.

Apple menawarkan sebanyak empat model siri iPhone 13 pada kali ini yang merangkumi iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Terbaharu, anda boleh memilih storan dalaman daripada 128GB sehingga 512GB bagi versi standard. Bagi versi Pro pula, anda sudah boleh mendapatkan storan dalaman sehingga 1TB.

Sumber Gambar: Apple

Harga penawaran di Malaysia bagi iPhone 13 bermula daripada RM3,899, iPhone 13 Mini pula harga bermula RM3,399. Sementara bagi barisan Pro, iPhone 13 Pro ditawarkan harga bermula RM4,899 dan akhir sekali iPhone 13 Pro Max sedia didapatkan pada sekitar RM5,299.

Ini merupakan salah satu penawaran iPhone di Malaysia yang terpantas oleh Apple dengan membuka pra-tempahan bagi kesemua barisan siri terbaharu selepas pelancarannya. Anda juga boleh menghubungi reseller Apple yang sah ataupun pihak telco bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya terdapat penawaran pelan bersama siri iPhone 13 sekali.

Selain daripada siri iPhone 13 juga, Apple turut mengumumkan barisan model terbaharu iPad dan Apple Watch Series 7 pada kali ini.

Apple Umumkan Barisan Model Terbaharu iPad Dan Apple Watch Series 7

Apple Lancarkan Siri iPhone 13 Secara Rasmi Dengan Harga Mencecah Sehingga RM7,599

Sumber