Seperti yang kita dengar sebelum ini, Apple mungkin menawarkan barisan peranti siri sebelum ini  pada harga yang lebih rendah selepas pelancaran siri terbaharu. Menerusi penawaran siri iPhone 13 yang bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi, Apple dilihat sudah mengemas kini harga jualan bagi iPhone 12 dan iPhone 12 Mini.

Harga jualan yang ditawarkan pada kali ini telah menerima potongan sebanyak RM500 di mana iPhone 12 boleh didapati pada harga serendah RM3,399 sementara iPhone 12 mini pula ditawarkan harga bermula RM2,899 sahaja. Di samping itu, pengguna juga berpeluang mendapatkan model iPhone 11 pada harga penawaran sekitar RM2,399 sahaja.

Sumber Gambar: Apple

Bagi anda yang sudah lama ingin mendapatkan peranti model berikut, ini merupakan peluang yang baik untuk mendapatkan peranti terbaru pada harga yang lebih berbaloi. Model-model yang ditawarkan masih relevan digunakan malah masih mendapat sokongan kemas kini iOS 15 terbaru.

Dalam masa yang sama, siri iPhone 13 sedia ditawarkan secara rasmi di Malaysia seawal 8 Oktober ini dengan pra-tempahan yang boleh dibuat pada 1 Oktober juga.

Siri iPhone 13 Sedia Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Seawal 8 Oktober Ini

Apple Lancarkan Siri iPhone 13 Secara Rasmi Dengan Harga Mencecah Sehingga RM7,599

Sumber