Baru sahaja dilancarkan Oktober lalu, iPhone 12 selaku model daripada siri terbaru nampaknya sudah mula ditawarkan dengan harga promosi menerusi pengedar rasmi Apple di Malaysia iaitu Machines.

Berdasarkan promosi yang ditawarkan, orang ramai berpeluang mendapatkan iPhone 12 dengan harga bermula daripada RM3,489 sahaja dengan penjimatan sebanyak RM410. Selain itu, beberapa produk daripada Apple terdiri daripada iPhone, iPad dan Mac antara turut ditawarkan dengan harga promosi.

Screen Shot 2021-07-17 at 11.11.38 AM
Sumber: Machines

Menariknya, Machines sedia menawarkan bayaran secara ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan dalam memudahkan pelanggan menerusi pembayaran kad kredit Standard Chartered dan UOB.

Buat anda yang sudah lama berhajat untuk mendapatkan iPhone 12 atau produk keluaran Apple dengan harga yang lebih rendah, anda boleh klik di sini untuk ke laman rasmi Machines. Pengedar rasmi Apple Malaysia ini sedia menawarkan penghantaran secara percuma buat para pembeli.

Minggu ini turut menyaksikan Apple melancarkan aksesori terbaru mereka iaitu MagSafe Battery pack sebagai bateri tambahan buat pengguna iPhone 12.

‘MagSafe Battery Pack’ Untuk iPhone 12 Dijual Pada Harga RM479, Kapasiti Hanya 1,460mAh

Ambil Inspirasi Dari Masjid Nabawi, iPhone 12 Pro Max Ini Dijual Pada Harga RM32,377