Desas desus rekaan Apple MagSafe Battery Pack bagi model iPhone 12 telah lama dibincangkan oleh pengguna internet sebelum ini. Setelah hampir sembilan bulan pengguna memakai alternatif bateri pek daripada pihak ketiga.

Pada hari ini, Apple telah memperkenalkan aksesori terbaru iaitu “MagSafe Battery Pack“. Aksesori ini bakal menawarkan bateri tambahan kepada iPhone dan disambungkan melalui pengecasan wireless.

vocket-tech-news-apple-battery
Sumber Gambar: Apple

MagSafe Battery Pack bakal hadir dengan kapasiti bateri tambahan sebesar 1,460mAh dan dicas melalui kabel Lightning. Bagi mengisi semula tenaga MagSafe Battery Pack, Apple mencadangkan anda untuk menggunakan pengecasan 20W dan ke atas.

Cara bateri pek ini berfungsi adalah dengan meletakkan pek tersebut pada bahagian belakang iPhone dan ia akan dicas secara automatik dengan status cas dipaparkan pada lock screen. Anda juga perlu mengecas bateri pek ini sehingga penuh terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan.

Aksesori ini telah disenaraikan di laman rasmi Apple pada harga RM479 dan akan sedia dijual untuk pasaran Malaysia pada masa akan datang. Pengguna iPhone pasti tidak sabar untuk mendapatkan aksesori ini apabila ia mula dipasarkan di Malaysia kelak.

Sementara itu, Apple mahu menawarkan lebih banyak seleksi pilihan warna iMac berserta skrin yang lebih luas.

Mahu Tawarkan Lebih Banyak Pilihan, Apple Sedia Bangunkan iMac Dengan Saiz Skrin 27-Inci

Apple Dijangka Tawarkan Siri iPhone 14 Dengan Harga Terendah Beserta Rekaan Serba Baharu

Sumber