Antara yang dinantikan oleh peminat Apple pada bulan ini sudah semestinya MacBook Air M2. Apple bagaimanapun masih belum kongsikan sebarang tarikh khusus untuk pelancaran MacBook Air dengan janaan cip terbaharu M2 mereka.

Bagaimanapun, tarikh ini sudah pun terbongkar apabila YouTuber popular, MKBHD sudah pun meletakkan tarikh acara pelancaran MacBook Air baharu pada aplikasi kalendarnya. Hal ini berjaya dikesan selepas MKBHD secara tidak sengaja meniriskan tarikh pelancaran tersebut menerusi video ulasan ASUS ROG Phone 6 Pro baru-baru ini.

Beliau menunjukkan kalendar acara pada skrin peranti dan dapat dilihat tarikh untuk video MacBook Air M2 iaitu pada 14 Julai 2022. Ditambah pula beliau sering memuat naik video ulasan pada hari peranti baharu dilancarkan, maka berkemungkinan tinggi komputer riba ini memang akan dilancarkan pada tarikh tersebut.

Setakat ini, hanya MacBook Pro 13-inci dengan janaan cip M2 sahaja yang dipasarkan secara rasmi. Sama-sama kita nantikan acara pelancaran MacBook Air M2 yang dijangka ditawarkan tidak lama lagi.

Selain daripada itu, iPhone 14 dijangkakan bakal menggunakan cip yang sama sementara versi Pro yang menerima menaik taraf cip A16 pada kali ini.

iPhone 14 Dikatakan Kekal Gunakan Cip Yang Sama, Hanya Versi Pro Menerima Naik Taraf Cip Baharu

Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan Buat iPhone 14 Pro