Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sudah pun timbul pelbagai spekulasi berkaitan model iPhone terbaharu yang dijangka bakal menampilkan pelbagai pembaharuan termasuklah spesifikasi dalaman dan utama sekali rekaan yang berbeza.

Menerusi saluran Youtube EverythingApplePro, mereka sudah berkongsi sebuah rendering konsep 3D yang mungkin digunakan pada model iPhone 14 Pro kelak. Video konsep tersebut mempamerkan iPhone yang sangat dinanti-nantikan dengan menggabungkan semua aspek berdasarkan spekulasi dan juga informasi dalaman yang tertiris.

Sumber Gambar: Youtube EverythingApplePro

Seperti yang boleh dilihat, iPhone 14 Pro bakal hadir dengan rekaan kamera punch-hole pada bahagian hadapan bersama sensor Face ID berbentuk pil di sebelahnya. Selain itu, rekaan bucu yang bulat turut menambahkan ciri estetik serta tampak lebih sleek pada telefon tersebut seperti rekaan skrin Apple Watch Series 7.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Spekulasi lain yang ada dibincangkan juga adalah penggunaan cip pemprosesan A16 berserta penambah baikan sensor kamera 48MP yang boleh menghasilkan gambar yang lebih padu dan memori mencecah 8GB RAM.  Apa-apa pun, ini hanyalah lakaran sahaja dan pasti akan terdapat sedikit perbezaan rekaan apabila dilancarkan kelak.

Sementara itu, Apple juga dijangka bakal menawarkan iPhone menggunakan USB-C mulai tahun hadapan.

iPhone Dijangka Bakal Menggunakan USB-C Menjelang Tahun 2023

Apple Sedia Patenkan ‘Gaming Controller’ Yang Boleh Dipadankan Pada iPhone Dan iPad

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group