Apple dijangka bakal memperkenalkan siri iPhone 14 secara rasmi sekitar September atau Oktober kelak. Sementara menunggu hari yang dinantikan ramai, beberapa info awal berkaitan siri iPhone kali ini sudah pun dikongsikan oleh penganalisa terkemuka.

Terbaharu, Bloomberg sekali lagi menekankan bahawa iPhone 14 versi biasa akan kekal menggunakan cip pemprosesan seperti yang terdapat pada iPhone tahun lepas. Berdasarkan laporan terkini, siri iPhone 14 dijangka menggunakan cip Apple A15 sementara iPhone 14 Pro akan dinaik taraf dengan cip pemprosesan cip Apple A16.

Sumber Gambar: Cult Of Mac

Hal ini sekaligus menjadikan buat pertama kalinya Apple tidak menaik taraf cip pemprosesan pada iPhone dalam masa yang sama siri iPhone 14 bakal mempunyai jurang harga yang ketara di antara versi biasa dan Pro kelak. Malah, bukan sahaja harga jualan yang terkesan tetapi nilai sesebuah iPhone 14 Pro jauh lebih tinggi apabila ingin dijual semula kelak.

Terdapat beberapa kemungkinan faktor kepada perkara ini berlaku termasuklah disebabkan kekangan pada pengeluaran semikonduktor yang dialami di seluruh dunia. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan siri iPhone 14 yang mana dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Antara penawaran barisan terbaharu Apple iaitu set kepala AR dijangka turut dilancarkan seawal Januari pada tahun hadapan.

Set Kepala AR Apple Mungkin Ditawarkan Seawal Januari 2023

Apple AirPods Pro 2 Dijangka Akan Dilancarkan Menjelang Pertengahan Kedua 2022