Salah satu fon telinga yang sedia mendominasi dari segi penjualan di dalam pasaran global adalah AirPods Pro. Dengan sambutan yang cukup memberangsangkan oleh para pengguna, kini generasi kedua untuk fon telinga wireless tersebut dikhabarkan bakal menyusul pada tahun ini.

Menerusi laporan terbaharu, AirPords Pro generasi kedua bakal diperkenalkan pada pertengahan kedua tahun ini. Antara pembaharuan yang dijangka pada generasi kali ini termasuklah rekaan yang lebih fresh, penambah baikan kualiti audio, sokongan memainkan audio lossless dan mungkin juga integrasi berkaitan kesihatan.

Sumber Gambar: Phonearena

Bahkan, Apple juga dijangka akan mengemaskini penawaran AirPods Max bersama penawaran pilihan warna baharu. Kita boleh lihat betapa komited syarikat Apple memberi perhatian dengan pelbagai pembaharuan yang dijangka bakal berlaku pada produk audio mereka.

Sama-sama kita nantikan pelancaran AirPods Pro 2 secara rasmi setelah sekian lama para peminat menunggu kemas kini produk audio mereka. Setakat ini, kita masih belum mendapat bayangan sama ada harga penawaran yang lebih mampu milik atau sebaliknya.

Sebelum ini juga, terdapat jangkaan Apple bakal menggurangkan pengeluaran iPhone dan AirPods sekaligus ekoran situasi semasa dunia.

Ekoran Krisis Ukraine-Rusia, Apple Dijangka Kurangkan Pengeluaran iPhone Dan AirPods

Apple Henti Jualan Dalam Talian Untuk Semua Produk Mereka Di Rusia