Apple sudahpun menawarkan AirTag secara rasmi buat pelanggan tempatan sejak tahun lepas lagi. Namun, para pelanggan hanya boleh membeli setiap satu sahaja berbanding penawaran pengedar rasmi Apple sebelum ini sedia dijual sebanyak empat unit sekaligus. Penawaran yang dibuat oleh Apple dikira agak mahal sekiranya mahu mendapatkan lebih daripada satu unit.

Terkini, Apple Malaysia telah mengemas kini senarai penawaran yang mana para pelanggan boleh menempah pek empat unit AirTag sekaligus menerusi laman rasmi Apple Malaysia.

Sumber Gambar: Apple

Sebelum ini, Apple tidak menyenaraikan pilihan pek empat unit ini seperti yang dibuat oleh pengedar rasmi Apple yang lain seperti Machines dan Switch. Akan tetapi, kini pengguna sudah boleh berbuat sedemikian menerusi laman rasmi dan boleh menambah ukiran abjad atau emoji padanya secara percuma sahaja.

Selain itu, anda boleh lihat bagaimana seorang lelaki ini jadikan AirTag sebagai pengesan untuk mencari kucingnya yang sering merayap.

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Jadikan AirTag Pengesan Untuk Kucingnya Yang Kuat Merayap

Lelaki Ini Berjaya Temui Semula Skuternya Yang Hilang Dengan Bantuan Apple AirTag

Sumber