Sekiranya telefon pintar anda hilang, ia boleh dicari melalui aplikasi namun ia terhad kepada telefon pintar sahaja. Kehadiran aksesori seperti AirTag boleh dipasang pada pelbagai barangan milik anda. Kini anda boleh membuat carian guna AirTag untuk mengesan barang yang hilang dengan mudah.

Menerusi ciapan akaun Twitter @dguido, beliau telah berkongsi tentang penggunaan AirTag serta aplikasi Apple Find My Network dan fungsi arah UWB yang berjaya mendapatkan semula skuter miliknya yang hilang sejak seminggu yang lalu. Kejadian ini berlaku pada hari Isnin lepas semasa makan malam apabila beliau terlupa memasang kunci pada skuter tersebut.

guna airtag
Sumber Gambar: Twitter

Selepas dua jam berlalu, beliau mendapati skuter miliknya sudah hilang. Sebagai langkah pencegahan, beliau sudahpun melakukan persiapan dengan memasang dua AirTag di bahagian berlainan yang terlindung dengan rapi pada skuter tersebut.

Pada keesokan harinya, beliau memulakan operasi pencarian dengan tempoh yang singkat kerana mengejar masa untuk penerbangan. Tambahan pula, beliau cuba mendapatkan bantuan daripada pihak polis tetapi tidak diendahkan kerana kurang kepastian mengenai AirTag dan tidak mahu mengambil risiko ke sekitar premis yang disebutkan.

Sumber Gambar: Twitter

Beliau masih meneruskan pencarian yang berbaki sejam lagi sebelum perlu berangkat ke lapangan terbang. Malahan, beliau sudah buntu kerana tidak berjaya mendapatkan lokasi yang sebenar skuter tersebut dan menyangka tidak akan dapat berjumpa lagi dengan skuter miliknya.

Namun nasib menyebelahi kepada beliau walaupun sudah seminggu berlalu, skuter tersebut masih berada di lokasi sama seperti yang ditunjukkan sebelum ini. Lalu, beliau cuba sekali lagi untuk mendapatkan skuter itu dan berjaya mendapatkan bantuan dua orang polis pada kali ini dengan meyakinkan tentang kemampuan AirTag.

Sumber Gambar: Twitter

Mereka terus menuju ke lokasi yang dipaparkan dan mendapati sebuah kedai e-bike di sekitar itu. Selepas itu, beliau menerima signal UWB menerusi WiFi daripada dalam kedai berkenaan dan didapati sebilangan skuter terpakai tersusun di suatu sudut.

Beliau terus meluru ke arah skuter miliknya di dalam kedai dan menampilkan bukti dengan memainkan bunyi daripada AirTag dan memaparkan maklumat lengkap skuter tersebut menerusi aplikasi iOS Ninebot. Skuter tersebut telah berjaya diselamatkan walaupun wayar brek telah dipotong.

vocket-tech-airtag-3
Sumber Gambar: Twitter

Sementara itu, polis menjalankan siasatan terperinci terhadap pekerja kedai itu yang berjalan dengan lancar. Akhir sekali, beliau menfailkan laporan tentang kehilangan skuternya dan mengajar kepada polis berkenaan AirTag yang telah memudahkan proses pencarian itu.

Antara perkara yang boleh dipelajari sekiranya anda guna AirTag untuk mendapatkan semula barang yang dicuri adalah dengan memastikan AirTag dipasang pada tempat tersembunyi supaya sukar untuk dikesan. Selepas itu, jangan hidupkan Lost Mode serta-merta kerana boleh menyebabkan pencuri sedar yang mereka sedang dijejaki.

Anda juga perlu bertindak segera sebelum fungsi anti-stalking pada AirTag menghasilkan bunyi secara automatik pada tempoh tertentu apabila berjauhan daripada pemiliknya. Hal ini boleh menyebabkan pencuri akan cenderung untuk merosakkan barang yang dicuri dalam usaha menyingkirkan bunyi tersebut.

vocket-tech-airtag-5
Sumber Gambar: Groovypost

Yang paling utama sekali adalah mengehadkan interaksi secara bersemuka dengan pencuri dan dapatkan khidmat bantuan daripada pihak berkuasa. Elakkan daripada cubaan untuk bertindak sendirian sebelum bantuan sudah siap sedia.

Aksesori ini sememangnya sangat membantu dalam mendapatkan lokasi yang tepat pada barang yang hilang. Anda berpeluang mendapatkan semula barang yang hilang dengan lebih pantas dan mudah menerusi intergrasi AirTag dan aplikasi di iPhone.

Pada bulan April yang lalu, Apple telahpun menawarkan Airtag pada harga serendah RM119 sahaja kepada pengguna yang berminat.

Apple Lancarkan AirTag Bagi Memudahkan Pengguna Mencari Barang Dengan Mudah

Samsung Galaxy SmartTag+ Sedia Ditawarkan Di Malaysia Bermula Dengan Harga RM109

Sumber