Apple telah melancarkan sejumlah peranti dan aksesori yang komprehensif untuk memudahkan kehidupan seharian kita. Ini termasuklah pengenalan pengesanย AirTag membolehkan pengguna mencari barangan milik mereka dengan lebih cepat dan senang.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @izzatbadleeshah, beliau telah memperlihatkan bagaimana pengesan AirTag boleh berfungsi di dalam situasi sebenar untuk mengesan kucingnya yang berada di sekitar kawasan perumahan dengan mudah. Seperti yang boleh dilihat pada video tersebut, ia boleh dipasang pada binatang peliharaan mahupun barangan kesayangan dengan mudah.

@izzatbadleeshah

Higly recommended untuk kucing yang kaki merayap ๐Ÿ˜ฝ #fyp #fypใ‚ท

โ™ฌ Dj BonBon Remix – ๐๐ž๐ž_๐ฉ๐ข๐ง๐ค๐ฒ ๐ŸŽ€

Selain itu, AirTag juga mempunyai ketahanan bateri sehingga 6 bulan lamanya bersama ciri kalis air dan habuk yang membuatkan ia boleh beroperasi dalam tempoh yang lama dan lebih tahan lasak di dunia sebenar. Gabungan rekaan yang ergonomik serta lebih ringan sudah pasti boleh dipasang pada pelbagai barangan atau binatang milik anda dengan mudah.

Untuk menggunakan fungsi pengesan yang tersedia, anda hanya perlu menyambungkan AirTag dengan aplikasi Find My iPhone dan akaun Apple ID sahaja. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan kecurian AirTag kerana setiap AirTag mempunyai satu tetapan akaun Apple ID sahaja yang boleh disambungkan pada satu-satu masa.

alat pengesan AirTag
Sumber Gambar: TikTok

Menariknya, anda boleh meletakkan nama dan juga emoji pada AirTag bagi mengenal pasti setiap barang yang dipasang dengan mudah serta menampilkan identiti tersendiri. Menerusi aplikasi Find My iPhone, pengguna boleh menerokai beberapa fungsi seperti Play Sound, Find dan Notification untuk mengesan AirTag yang dipasang.

Fungsi pertama iaitu Play Sound yang mana anda boleh menghidupkan alarm dan AirTag akan menghasilkan bunyi sebagai panduan ke lokasi berdekatan yang tersembunyi. Yang kedua pula, fungsi Find yang memaparkan anak panah berdasarkan arah lokasi AirTag sebenar menerusi iPhone.

alat pengesan Airtag
Sumber Gambar: TikTok

Sementara itu, Notification pula berfungsi untuk menghantar notifikasi kepada pengguna iPhone yang berada berhampiran barang yang diletakkan AirTag tersebut tentang kehilangannya dengan mengaktifkan Lost Mode. Bahkan, ia juga boleh mengesan AirTag asing yang diletakkan pada barangan milik anda dan bakal menerima notifkasi mengenainya.

Berdasarkan video di atas, beliau sedia bergerak ke lokasi berdekatan kucing miliknya berdasarkan panduan Maps menerusi aplikasi Find My iPhone. Selepas AirTag dapat mengesan kedudukan sebenar kucing berkenaan, anda hanya perlu ikut arah yang dipaparkan pada aplikasi itu.

Sumber Gambar: TikTok

Akhirnya, beliau dapat melihat kucing yang dikenali sebagai Man yang memang berada di lokasi yang dipaparkan. Sungguh mudah sekali misi pencarian beliau dengan kehadiran AirTag yang dipasangkan pada kucing miliknya. Jadi, beliau juga mencadangkan kepada pemilik kucing untuk mendapatkan AirTag bagi memudahkan pencarian selepas ini.

AirTag sememangnya boleh menyelesaikan masalah kehilangan barang anda dengan integrasi teknologi terkini berserta fungsi menarik menerusinya. Anda boleh mendapatkan AirTag pada harga serendah RM129 sahaja dan boleh mendapatkan kes secara berasingan bagi memudahkan ia disangkutkan pada barangan nanti.

Malah, anda turut boleh mendapatkan alat pengesan lain daripada jenama terkemuka seperti Samsung, Chipolo, Cube yang menawarkan seumpamanya pada harga berpatutan. Selepas ini, anda sudah boleh membuat carian barangan dengan mudah menerusi hujung jari sahaja.

Sebelum ini juga, seorang lelaki berjaya menemui semula skuternya yang hilang selama seminggu dengan bantuan Apple AirTag.

Lelaki Ini Berjaya Temui Semula Skuternya Yang Hilang Dengan Bantuan Apple AirTag

Apple Lancarkan AirTag Bagi Memudahkan Pengguna Mencari Barang Dengan Mudah

Sumber