Segelintir daripada kita mungkin mempunyai minat untuk mengumpul koleksi peranti seperti iPhone kerana dianggap mempunyai nilai tinggi. Dengan memiliki sejumlah  iPhone bermula daripada model pertamanya sudah pasti menjadi idaman ramai.

Bersempena sambutan ulang tahun iPhone yang ke-15, seorang YouTuber yang dikenali sebagai Luke Miani telah memperlihatkan beberapa prototaip iPhone yang paling jarang ditemui dan terawal kepada penonton. Apple melancarkan iPhone 2G pada 15 tahun yang lalu dan sejak itu ia berterusan sehinggalah ke generasi yang ke-13 hari ini.

Di dalam video tersebut, beliau memperlihatkan koleksi prototaip iPhone yang dimiliki dengan anggaran bernilai lebih jutaan ringgit. iPhone generasi pertama telah diperkenalkan pada tahun 2007 dan beliau berjaya mendapatkan beberapa protoaip iPhone 2G yang sangat ‘rare’.

Protaip yang diperkatakan di dalam videonya adalah salah satu reka bentuk akhir yang dibangunkan sejak 2006 namun telah diganti dengan skrin paparan yang menggunakan kaca pada produk akhir tersebut. Hal ini kerana Steve Jobs tidak suka dengan paparan yang dibangunkan olehnya, maka beberapa prototaip awal iPhone 2G ini pun telah disingkirkan sebagai produk akhir.

Sumber Gambar: Youtube

Dua daripada telefon dalam video itu adalah prototaip awal sehinggakan pelekat perincian setiap komponen produk masih terpapar pada belakang iPhone itu. Disebabkan sangat jarang ditemui, setiap prototaip iPhone pra-keluaran ini bernilai kira-kira $500,000 (~RM2.2 juta). Malah, peranti ini juga menjalankan perisian iOS versi paling awal dalam sejarah iPhone.

Untuk memiliki sesebuah iPhone generasi pertama sudah cukup payah, inikan pula beliau mampu mengumpul koleksi protaip awal iPhone 2G yang sudah pasti cukup berharga untuk dijadikan sebagai bahan sejarah. Malah, harga mungkin melonjak tinggi lagi selepas ini kerana pengumpul tegar mahu turut mendapatkannya.

Pada tahun lalu, kita juga dikejutkan dengan kehadiran iPhone menggunakan USB-C yang berjaya dihasilkan oleh seorang jurutera.

iPhone Guna USB-C Pertama Di Dunia Berjaya Dihasilkan Oleh Jurutera Ini

Jurutera Ini Berjaya Hasilkan Telefon Pintar Pertama Android Dengan Penggunaan Port Lightning