Seperti yang kita sedia maklum, port lightning telah direka khas boleh berfungsi hanya untuk barisan produk Apple sahaja. Walaupun ramai lebih selesa dengan port USB-C kerana lebih universal, namun Apple dilihat masih mengekalkan jenis port tersebut sehingga ke hari ini.

Terbaharu, Ken Pillonel iaitu seorang jurutera dan Youtuber telah memaklumkan bahawa beliau berjaya memodifikasi telefon pintar untuk menyokong sepenuhnya kabel Lightning. Model telefon pintar yang menjadi pilihan bagi projek modifikasi kali ini adalah Samsung Galaxy A51.

Dengan kejayaan modifikasi ini juga ia menjadikannya sebagai telefon pintar Android pertama dunia yang menyokong port kabel Lightning iPhone. Menurut Pilonel, peranti yang diubah suai bagi memberi keseimbangan selepas berjaya mengubah suai iPhone yang menyokong kabel jenis USB-C. 

Berdasarkan video di atas, anda boleh melihat bagaimana peranti tersebut boleh mengecas dan memindahkan data seperti biasa menerusi port yang dimodifikasi. Beliau turut akan berkongsi lebih lanjut secara terperinci bagaimana peranti diubah suai di saluran YouTube miliknya pada masa kelak.

Jika anda masih belum mengetahui kewujudan iPhone dengan USB-C pertama di dunia, boleh klik pautan di bawah untuk bacaan lebih lanjut.

iPhone Guna USB-C Pertama Di Dunia Berjaya Dihasilkan Oleh Jurutera Ini

Apple Mungkin Perkenalkan iPhone Boleh Lipat Menjelang Tahun 2023

Sumber