Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sekiranya anda mengikuti perkembangan bola sepak Eropah, kami yakin anda pasti akan cukup kenal dengan individu bernama Riyad Mahrez. Berjaya menempa nama di Le Havre seterusnya berpindah ke Leicester City serta mencapai karier terbaiknya pada kelab Manchester City membuatkan beliau dikenali ramai.

Kehebatan menggelecek dan mengawal bola serta bermain di pentas tertinggi Eropah telah menganugerahkan beliau gaji setinggi Β£6.24 juta (~RM33 juta) setahun bersama Manchester City.

Terbaharu, tular sebuah gambar yang dimuat naik Riyad Mahrez memamarkan beliau yang sudah bersedia untuk berangkat ke Amerika Syarikat bagi jelajah pra-musim Manchester City.

Di sebalik yang perkongsian yang dilakukan, terdapat seorang netizen yang mempertikaikan pilihan Riyad Mahrez yang terus menggunakan iPhone 12 Pro Max dalam keadaan yang penuh dengan retak. Malah, wanita tersebut turut mengingatkan Riyad Mahrez bahawa beliau merupakan seorang jutawan.

Dalam pada itu, Riyad Mahrez yang sedang dengan keadaan iPhone beliau tampil dengan sebuah tweet ringkas dengan memaklumkan iPhone beliau masih dapat digunakan.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Tweet ringkas beliau nyata mendapat sambutan para netizen lain yang bersetuju dengan Riyad Mahrez. Malah terdapat netizen yang memaklumkan hidup bukan sekadar diukur menerusi model iPhone terbaharu sahaja.

Sebagai rekod, pemain berusia 31 tahun ini memiliki aset sekitar $21 juta (~RM93.45 juta) mengikut SportsKaeda. Pilihan beliau untuk terus menggunakan iPhone tersebut sekaligus menunjukkan beliau selesa dengan kehidupan yang dimiliki serta sekadar memfokuskan kepada karier beliau.

Pada minggu lalu, Johnny Depp mendapat pujian ramai apabila berjaya sumbangkan hasil jualan NFT bernilai RM3.4 juta kepada badan amal menerusi cubaan pertamanya dalam industri berkenaan.

Johnny Depp Sumbangkan Hasil Jualan NFT Bernilai RM3.4 Juta Kepada Badan Amal

Penggunaan Jenama Kamera Pada Telefon Pintar Hanyalah Sekadar Gimik, Dakwa CEO Honor