Sehingga ke hari ini, Apple masih mengekalkan penggunaan kabel lightning pada siri iPhone 13 walaupun sebahagian penawaran peranti seperti iPad dan MacBook sudah mula beralih memakai USB-C. Hal ini telah menjadi tanda tanya kerana USB-C dilihat lebih universal dan pratikal untuk penggunaan seharian.

Terbaharu, seorang jurutera robotik yang bernama Ken Pillonel telah berjaya membangunkan sebuah iPhone menggunakan port pengecasan berasaskan USB-C padanya. Sebuah iPhone X telah dijadikan prototaip untuk projek tersebut dan ia berjaya berfungsi seperti sedia kala dengan penggunaan USB-C.

Secara ringkasnya, beliau telah memodifikasi dengan penambahan komponen lain yang membolehkan ia berfungsi menerusi USB-C serta membuang port lighting sekaligus pada iPhone X tersebut. Menariknya, iPhone X ini mampu menyokong pengecasan dan turut boleh memindahkan fail apabila disambungkan dengan komputer MacBook.

Akan tetapi, proses pemodifikasian ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana memerlukan ilmu dan skill elektronik yang tinggi untuk menjayakannya. Tambahan pula, beliau juga mendakwa ini merupakan iPhone pertama di dunia yang menggunakan USB-C dan berjaya berfungsi menerusinya.

Terdapat juga kemungkinan pihak Apple sendiri bakal menggunakan USB-C pada siri iPhone akan datang ekoran desakan Kesatuan Eropah pada tahun ini. Maka, tidak mustahil sekiranya jika siri iPhone kelak akan ditawarkan dengan port berasaskan USB-C pula.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah sudahpun membentangkan penggubalan undang-undang untuk menyeragamkan sistem pengecasan peranti untuk semua pengeluar.

iPhone Mungkin Hadir Tanpa Port Pengecas Selepas Ini Disebabkan Polisi Baharu Eropah

Apple Mungkin Perkenalkan iPhone Boleh Lipat Menjelang Tahun 2023

Sumber