Sudah menjadi kebiasaan pada masa kini untuk orang ramai mendapatkan jam tangan pintar dalam memudahkan urusan harian. Antara model yang terkenal di kalangan pengguna adalah Apple Watch. Terdapat pelbagai penawaran fungsi Apple Watch yang penting buat para pengguna termasuk dari segi kesihatan.

Menerusi perkongsian akaun Facebook Joe di Apple User Group, beliau telah berkongsi pengalaman menggunakan Apple Watch yang sangat membantu dalam memantau kesihatan seharian.

Semuanya bermula pada 3 Ogos yang lalu apabila beliau mengalami masalah cirit-birit yang menyebabkan beliau perlu mengambil suntikan bagi melegakan sakit tersebut. Setelah beberapa hari berikutnya, beliau menghadapi kesakitan pada bahagian dada kiri. Sakit yang berlarutan telah memerlukan beliau membuat saringan menerusi ujian ECG di hospital.

Selepas itu, doktor pakar pula melakukan prosedur pengimbasan X-ray di dada termasuk jantung dan paru-paru telah mendapati beliau mengalami masalah pada bahagian paru-paru. Berdasarkan perkongsian, beliau yang sebelum ini merupakan perokok tegar kerap mengalami masalah kesihatan dan kerap pitam sewaktu bersukan.

fungsi apple watch
Sumber Gambar: Cultofmac

Oleh hal demikian, beliau telah mendapatkan Apple Watch dalam memantau status kesihatan kendiri dan menggunakannya bersama sewaktu bersukan. Data-data aktiviti sukan yang telah direkod membolehkan pemantauan tahap kesihatan dengan lebih terperinci menerusi aplikasi Apple Health semasa memakainya.

Tambahan pula, beliau juga boleh berpeluang memeriksa bacaan oksigen dalam darah secara langsung yang dapat memaparkan informasi lebih mendalam berkaitan tahap kesihatan sistem pernafasan yang dihadapi olehnya. Hal ini sekaligus memberi gambaran awal mengenai simptom atau komplikasi penyakit yang kronik pada sistem tersebut untuk pencegahan lebih awal.

fungsi apple watch
Sumber Gambar: Facebook

Selain itu, Apple Watch turut memudahkan beliau untuk merekodkan pelbagai aktiviti seharian termasuk masa berehat, jarak berjalan, kualiti tidur dan sebagainya bagi rujukan pada masa kelak. Fungsi ECG yang tersedia juga dapat membantu beliau untuk memantau kadar degupan jantung pada setiap masa bagi tujuan meneliti tahap kesihatan jantungnya.

Walaupun Apple Watch bukanlah alat utama yang digunakan untuk mengesan penyakit seperti pengimbasan X-ray, CT scan atau ujian darah, sekurang-kurangnya ia boleh membantu beliau membuat rujukan tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

fungsi apple watch
Sumber Gambar: ZDNet

Tambahan pula, perkongsian sebegini juga banyak boleh dilihat dari seluruh dunia bagaimana fungsi Apple Watch boleh menyelamatkan nyawa atau setidak-tidaknya boleh memberi diagnosis awal tentang jantung dan oksigen di dalam darah. Menerusi maklumat berkenaan, doktor boleh memberikan rawatan awal dengan lebih tepat.

https://www.youtube.com/watch?v=0tqB4jnCxqA

Apple Watch mungkin bukan model dengan harga terendah di pasaran namun fungsi yang ditawarkan sememangnya sebuah pelaburan yang berbaloi untuk jangka masa panjang terutama bagi anda yang menginginkan gaya hidup sihat. Sebahagian orang mungkin memerlukan jam ini sebagai kit kesihatan yang boleh diakses pada hujung jari sahaja.

Tahukah anda Apple juga telah memperkenalkan fungsi ‘Conversation Boost’ pada AirPods Pro yang boleh dijadikan sebagai alat bantuan pendengaran.

AirPods Pro Perkenalkan Fungsi ‘Conversation Boost’ Menerusi Kemas Kini iOS 15

5 ‘Smart Band’ Di Bawah RM200 Untuk Bantu Anda Bersenam Di Rumah Sempena Musim PKP

Sumber