Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Apple Watch sering kali dikenali sebagai ‘penyelamat’ kepada penggunanya menerusi fungsi yang tersedia seperti fall detection dan sebagainya. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna Apple Watch memaklumkan peranti ini telah menjadi punca kepada kecederaan beliau.

Menerusi laporan NY Post, sebuah insiden telah berlaku berkaitan dengan Apple Watch yang pecah secara tiba-tiba sewaktu dipakai. Chris Smith pada waktu itu sedang bermain golf dan kemudian Apple Watch yang dipakainya telah pecah dan ‘menghiris’ lengannya selepas cermin pemuka pecah dan mendedahkan sudut yang tajam pada jam pintar tersebut.

Sumber Gambar: New York Post

Sumber Gambar: New York Post

Akibat daripada kemalangan tersebut, didapati salah satu urat pada lengan Smith telah cedera di mana beliau terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya, beliau telah melantik seorang peguam untuk menfailkan saman terhadap syarikat pengeluar peranti paling terkemuka dunia, Apple.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Antara intipati yang terdapat dalam saman berkenaan adalah dakwaan bateri jenis lithium-ion yang dipasang pada jam pintar tersebut berpotensi untuk kembung yang kemudiannya menolak skrin utama jam tangan pintar itu dan berisiko untuk mencederakan si pemakainya.

Sumber Gambar: New York Post

Buat masa ini, Apple masih belum memberikan sebarang respon ke atas insiden yang menimpa Smith walaupun sudah terdapat pelbagai insiden seumpamanya itu berlaku sebelum ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan fail saman ini bagi mendapatkan kata putus oleh kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, Apple Watch masih menawarkan manfaat menerusi fungsinya dalam pelbagai situasi genting kepada pemakai dalam mendapatkan bantuan segera.

Bagaimana Apple Watch Bantu Selamatkan Lelaki Ini Yang Dilanggar Lari Oleh Sebuah Van

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan