Antara model jam pintar yang sering menjadi pilihan pengguna sudah semestinya Apple Watch kerana dilengkapi pelbagai teknologi serta ciri pengesan kesihatan yang sangat berguna. Ditambah pula sensornya yang berkualiti sekaligus boleh memberikan bacaan yang tepat serta mengesan pelbagai simptom penyakit serius lebih awal.

Inilah yang berlaku kepada seorang pelajar jururawat yang bernama Lauren Rebecca di Sydney, Australia. Pada awalnya, beliau mulai terasa penat terlampau, sensitif pada suhu serta berat badan yang naik mendadak. Akan tetapi beliau hanya beranggapan penat yang dialami hanyalah disebabkan kerja universiti yang banyak serta perintah berkurung di sana.

Sumber Gambar: News

Menerusi diagnosis yang dibuat, doktor mendapati beliau sedang menderita masalah Hemiagenesis tiroid iaitu satu jenis penyakit tiriod yang sangat jarang ditemui di mana boleh menyebabkan separuh daripada tiroidnya hilang. Menariknya, Apple Watch yang dipakainya sudah mengesan simptom penyakit tersebut sebulan awal daripada tarikh diagnosis.

Di samping itu, beliau juga mendapat notifikasi amaran daripada aplikasi yang tidak pernah dihidupkan pun. Bila diperiksa notifikasi tersebut, beliau mendapati bahawa kadar badan menyerap oksigen sewaktu bersenam atau Vo2 Max semakin menurun dari hari ke hari.

Sumber Gambar: Robotec

Tambahnya lagi, jika beliau menghiraukan mesej tersebut lebih awal sudah pasti boleh mendapatkan bantuan lebih cepat. Malah disebabkan insiden ini jugalah, beliau kini mengingatkan orang ramai untuk mengaktifkan ciri tersebut agar lebih ramai boleh memanfaatkan teknologi yang disediakan pada jam pintar tersebut.

Sebelum ini juga, seorang lelaki yang menghadapi penyakit jantung serius mampu menjaga kesihatan dengan menggunakan Apple Watch.

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Bagaimana Apple Watch Bantu Selamatkan Lelaki Ini Yang Dilanggar Lari Oleh Sebuah Van

Sumber