Pelbagai desas-desus berkaitan produk Apple yang telah diramalkan termasuklah jam tangan pintar mereka. Apple Watch Series 7 dijangka bakal diperkenalkan menerusi acara rasmi Apple pada bulan September tahun ini.

Terbaru, sebuah lukisan CAD yang dikaitkan dengan rekaan terbaru Apple Watch telah tertiris di laman 91mobiles. Laman ini telah berkongsi sejumlah imej lukisan CAD yang didakwa sebagai rekaan terbaru untuk Apple Watch Series 7. Sisi jam pintar ini kelihatan rata seperti yang pernah dipakai pada iPad Pro dan iPhone 12 sebelum ini.

vocket-tech-news-apple-watch-1
Sumber Gambar: 91mobiles

Dengan gambar tertiris ini, ia menguatkan lagi maklumat yang pernah didedahkan pada Mei lalu. Pada bahagian sisi kanan boleh dilihat satu butang kawalan fizikal rata dan satu tombol pemutar yang boleh dinavigasi. Selain itu, terdapat bahagian mikrofon pada sisi kiri pula serta sensor pada bahagian belakang.

vocket-tech-news-apple-watch-2
Sumber Gambar: 91mobiles

Jam tangan pintar ini akan dilancarkan dalam masa terdekat nanti. Pembaharuan rekaan sememangnya langkah yang baik kerana ia tidak pernah diubah sejak pelancaran pada tahun 2015 lagi. Pengguna mesti ingin melihat suatu yang baru bagi kelainan daripada sebelumnya.

Apple Watch telah menjadi salah satu peranti wajib mereka yang ingin menjaga kesihatan sepertimana lelaki ini berjaya mengelakkan masalah pitam yang sering dialami terdahulu.

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Bagaimana Apple Watch Membantu Warga Emas Ini Ke Hospital Dapatkan Rawatan Kecemasan

Sumber