Seringkali apabila menyebut Apple Watch, ramai yang berpendapat gadget ini sekadar jam tangan pintar yang lebih digunakan untuk menyemak notifikasi, fitness tracking dan penggayaan semata-mata.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila teknologi sebuah jam tangan pintar berjaya menyelamatkan nyawa warga emas sewaktu sedang mengayuh basikal di Riverside State Park, Washington.

Berdasarkan perkongsian anaknya, Apple Watch terus menghantar mesej kepada anaknya dimana bapanya tidak sedarkan diri serta menelefon pihak ambulan dengan pemberitahuan lokasi dimana bapanya dengan serta merta dibawa ke hospital berdekatan.

Situasi ini secara tidak langsung menyelamatkan nyawa warga emas ini. Semuanya disebabkan oleh teknologi yang tersedia di Apple Watch ini.

70436783_10214583632934752_8602259120914956288_n
Mesej yang diterima daripada fungsi ‘hard fall detection’. Sumber: Facebook Gabe Burdett

Perkongsian yang ditulis di Facebook pada 20 September ini telahpun menerima lebih 461,000 ribu shares daripada orang ramai seluruh dunia. Pastinya orang ramai akan lebih cakna mengenai kepentingan yang ditawarkan Apple Watch menerusi fungsi ‘hard fall detection’ ini.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel berkaitan Apple Watch. Lihat pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gadget daripada Apple ini.

https://www.thevocket.com/rekaan-terbaru-apple-watch-band-rekaan-nike-dan-hermes-diperkenalkan/

https://www.thevocket.com/penuntut-universiti-alabama-gunakan-apple-watch-sebagai-kad-pelajar/

https://www.thevocket.com/apple-watch-berjaya-dijual-lebih-banyak-berbanding-rolex/