Apabila di atas jalan raya sebarang perkara yang tidak diingini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kehadiran teknologi dapat menyelamatkan mahupun mendapatkan bantuan segera menerusinya. Antara peranti pintar yang sering kita dengar memberikan bantuan kecemasan dengan segera kepada mangsa adalah Apple Watch.

Apple Watch Series 4 dan ke atas telah disertakan dengan fungsi pengesanan kejatuhan di mana menerusinya boleh memberitahu kenalan serta servis kecemasan tentang kemalangan yang berlaku bersama lokasi secara langsung sekaligus. Apple Watch akan memberikan amaran sekiranya si pemakai tidak sedarkan diri dalam tempoh 1 minit ataupun mengesan impak jatuh yang kuat.

Sumber Gambar: Facebook

Ini perkara yang telah dialami oleh Muhammad Fitri merupakan penunggang motor yang telah terlibat di dalam sebuah kemalangan langgar lari di Singapura baru-baru ini. Beliau telah dilanggar oleh sebuah van yang menyebabkannya jatuh sehingga pengsan di tempat kejadian.

Lantas, Apple Watch yang dipakai oleh beliau menghantar mesej kecemasan kepada emergency contact iaitu kekasihnya dan menghubungi bantuan kecemasan untuk mendapatkan ambulan ke lokasi kejadian.

Beliau sangat bersyukur dengan kehadiran fungsi kecemasan tersebut kerana berupaya mendapatkan bantuan segera pada saat-saat genting ketika itu.

Sumber Gambar: Facebook Tynaa Eynaa

Setakat ini, kes masih di dalam siasatan dan beliau sudah mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Jam pintar telah menjadi salah satu peranti yang sangat berguna oleh kerana pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang.

P/S: Fungsi ini bukan terhad pada Apple Watch sahaja. Samsung Watch 3 sebagai contoh turut mempunyai fungsi memberi isyarat SOS kepada emergency contact. Mungkin harga smartwatch sedikit mahal tetapi jika berlaku sesuatu seperti ini, ia boleh selamatkan nyawa anda.

 Sementara itu, Apple Watch juga turut boleh memantau tahap kesihatan seseorang menerusi sejumlah fungsi di dalamnya.

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

https://www.thevocket.com/fungsi-ecg-sedia-ditawarkan-buat-pengguna-apple-watch-di-malaysia-menerusi-kemas-kini-watchos-7-5/