AirPods dan AirPods Pro telah menjadi fon telinga yang paling popular di kalangan pengguna oleh berikutan rekaannya yang menarik serta hasil audio yang memberangsangkan. Menerusi pengenalan iOS 15 pada beberapa bulan yang lalu, telah diumumkan mengenai sokongan Conversation Boost pada AirPods Pro.

Menerusi laporan terbaru, kemas kini AirPods Pro Beta terbaru bakal hadir dengan sokongan Conversation Boost yang membolehkan pengguna meningkatkan tahap audio di sekeliling serta boleh digunakan sebagai alat bantuan pendengaran sekaligus. Selain itu, pengguna boleh melaraskan fungsi Ambient Noise Reduction yang sebelum ini tidak ditawarkan.

Conversation-Boost
Sumber: reddit

Di samping itu, kemas kini versi terbaru untuk AirPods ini akan hadir secara rasmi menerusi iOS 15 yang akan diterima dalam beberapa bulan lagi. Buat anda yang memang menghadapi masalah pendengaran yang minimal, fungsi ini pasti sangat membantu untuk aktiviti harian pada masa kelak.

Terdapat desas-desus berkenaan AirPods Pro 2 bakal dilancarkan seawal tahun 2022.

Apple Dijangka Bakal Perkenalkan AirPods Pro 2 Seawal Tahun 2022

Apple AirPods Max, ‘Headphone’ Premium Penuh Gaya Dengan Harga RM2,399

Sumber